Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 27, 2023 @ 4:39pm

[VIDEO] Alami Titik Terendah Dalam Hidup, Nurul Shuhada Dedah Perceraian Ujian Paling Berat – “Saya Percaya Allah Akan Bagi Nikmat Paling Baik”

Enggan mengulas lanjut mengenai tempoh berapa lama dia sudah terbeban dengan masalah rumah tangganya, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan, akan tampil dengan kenyataan rasmi bagi mengelakkan segala fitnah yang berlaku dalam perkahwinannya.

Malah, dia hanya mampu bersabar dan menganggap dugaan ini adalah ujian dari Allah.

“Mungkin saya tak boleh bagi komen lebih-lebih lagi, saya pun tak tahu offcially dia macam mana lagi ke depan. Saya janji lepas semau ni saya akan buat kenyataan rasmi untuk mengelakkan segala fitnah. Setakat sekarang ni, saya tak boleh nak ulas lagi apa yang jadi dengan isu yang panjang ni.

“Lagipun, semua apa yang berlaku dekat saya sekarang ni memang satu ujian Allah yang berat untuk dipikul. Sebelum ni pun apa yang jadi saya masih boleh bersangka baik terhadap suami saya, Apapun yang berlaku ni, saya kena betul-betul banyak bersabar.

“Saya nak lepas ujian Allah ni dengan flying colors. So that nanti bila saya dah lulus ujian yang Allah bagi ni, saya percaya Allah akan bagi nikmat yang paling baik untuk saya.

“Tapi dalam hati siapa yang tahu kan?” kata Shuhada menerusi temu bual di Melodi. 

 

Mengakui isu perceraian adalah titik terendah dalam hidupnya, Shuhada mengaku sukar untuk membuat keputusan pada awalnya sama ada untuk mempertahankan rumah tangga atau mengambil keputusan untuk berpisah.

Namun, sebagai manusia dia meletakkan kebergantungan kepada Allah agar diberikan petunjuk yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

“Saya pun tak tahu macam mana nak cakap. sebab saya tak tahu mana yang terbaik untuk diri saya. 

“Saya mengaku tak dapat buat keputusan sama ada nak mempertahankan rumah tangga atau walk away. Tapi saya betul-betul minta dan berserah kepada Allah. Saya memang tak nak ada expectation langsung, sebab kalau saya letakkan kepercayaan kat Hafidz atau sesiapa, nanti saya juga yang akan kecewa. Jadi, follow the flow.

“Kalau Allah kata, kedepan nanti ada jodoh ke apa, kita taktahu, tapi buat masa ni memang Allah dah kata, jodoh sampai di sini sahaja,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Wed, 22 May 2019

Artis Senior Lancar Tabung Kilat Buat Keluarga Shah Slam

Lebih RM 600 berjaya dikutip untuk diserahkan kepada keluarga Shah Slam pada Isnin lalu. Alhamdulillah…

Featured Sat, 31 Jan 2026

“Apa Je Orang Tak Kutuk Pasal Saya Ni” – Fazura

Fazura percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#AnggunLife : Nak Tukar Angin, Linda Onn Kini Bergelar Produser

Mantap! Semoga tahun 2019 membawa lebih banyak kejayaan buat Linda Onn.

Trending Sun, 8 Nov 2020
Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Featured Wed, 22 Feb 2023
error: Content is protected !!