Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 15, 2023 @ 7:38pm

Hasil Jual Tiara Candy, Achey Sekeluarga Sumbang Van Jenazah Percuma – “Alhamdulillah Ini Achievement Daripada Seorang Anak”

Pelawak, penyanyi dan usahawan, Achey menyumbangkan sebuah kereta jenis MPV yang dijadikan sebagai van jenazah untuk kegunaan ramai secara percuma.

Menerusi video perkongsiannya, sumbangan tersebut adalah daripada pencapaian anaknya, Nur Tiara Zinnirah Nasir Abd Haq atau mesra disapa Tiara menjual gula-gula di TikTok yang dikenali sebagai Tiara Candy.

“Ini adalah achievement daripada seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir Bte Abd Haq ataupun dikenali sebagai Tiara. Alhamdulillah ini adalah achievement daripada korang support Tiara Candy untuk saya dan semua merasa hasilnya. Inilah dia.

“Sebuah MPV yang untuk Tiara ataupun untuk kita. Bismillahirahmanirahim,” kata Achey.

Dalam pada itu, Achey juga memohon maaf jika van sumbangannya ini kurang memuaskan mana-mana pihak kerana dia mengharapkan sekadar dapat memudahkan urusan orang lain.

Bukan itu sahaja, dia juga memaklumkan turut menyediakan set kain kafan percuma untuk keluarga yang kurang berkemampuan.

“Sebuah van jenazah percuma yang anda juga telah menyumbang. Maaf sekiranya van jenazah ini kurang memuaskan, yang diharapkan dapat memudahkan kerana ianya percuma.

“Kepada waris yang kurang berkemampuan kami sediakan juga set kain kafan percuma,” kongsinya.

Tambahnya, walaupun MPV tersebut dibeli secara terpakai, dia percaya kenderaan tersebut mampu untuk membantu.

“Untuk cover perjalanan yang dekat Insya-Allah. Doakan kami dapat keluarkan van jenazah percuma lagi di kawasan yang memerlukan.

“Walaupun 2nd hand kami percaya ianya membantu. Peti mayat belum siap… jadi belum boleh operasi lagi. Insya-Allah kami cuba secepat mungkin,” jelas Achey.

Artikel Berkaitan: 3,000 Pek Sold Out Dalam Masa 2 Jam, Ernie Zakri Menangis Minta Tiara Jual Candy Lagi – “Kak Ninie Nak Beli Candy Tiara!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penangan Abang Tesla, Parodi Achey Bikin Netizen Berdekah! – “Jangan Main-Main Dengan Tiara, Tiang Gol Pun Dia Boleh Seret”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Anak Achey Curi Perhatian! Siap Pakai Tudung Ikut Tunai Solat Jumaat – “Bapaknya Dah Boleh Pencen, Dah Ada Pelapis!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jun 2020

Covid-19 Dijangka Berakhir 14 Julai Ini- KKM

Semoga ini merupakan khabar gembira buat semua!

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Wow, Cantiknya Kekasih Rizman!

Sesuai sangat kan???

Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Mon, 17 Apr 2023

Isu Pecah Pasu RM400,000, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar… – “Saya Ada Bukti & Tak Bersalah!”

Haaa, Yana bukan tak mampu nak bayar. Korang pun janganlah serang dia 🫣

Featured Wed, 6 May 2020
Trending Mon, 27 Nov 2017

美瞳扔了吧!黑科技20秒让黑眼睛变蓝眼睛

眼睛的颜色毕竟是由基因决定的,那我们炎黄子孙想要变成蓝眼睛只能通过佩戴美瞳,不过近日外媒曝出了一则国外的黑科技,可以让棕色眼睛20秒变成蓝色,这是怎么回事?

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
error: Content is protected !!