Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 2, 2023 @ 2:36pm

[VIDEO] Video Tiara Cecah 6 Juta Tontonan, Achey Geleng Kepala – “Dahsyat Tiara Ni Jadi Ikon Landskap!”

Baru-baru ini, tular sebuah video milik pelawak, Achey berkenaan dengan rambut anaknya, Tiara yang tersangkut di tiang gol permainan.

Namun apa yang lebih mengejutkan, video tersebut telah pun meraih lebih 6 juta tontonan di laman sosial TikTok sejak ia dimuat naik pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Tiara Tersangkut Tiang Gol, Achey Hampir Pitam Dengan Kerenah Anak

Terbaru, Achey dilihat ada memuat naik sebuah video baru bersama anaknya itu bagi mengulas mengenai perkara tersebut.

“Kakak nak bagitahu ni, video awak 6,000,000 tau. Tahniah!

“Lepasni saya ada dapat call daripada Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia nak ambil awak jadi duta landskap. Dahsyat Tiara ni jadi ikon untuk landskap kementerian belia dan Sukan,” katanya.

@achey_kintangkintung

Letih aku ngan tiara ni🤣🤣

♬ original sound – Kedai achey

Menerusi video tersebut, walaupun Achey sekadar bergurau dengan Tiara tentang jumlah tontonan video yang tular itu, namun gelagat Tiara yang hanya mendengar sambil menikmati makanan di hadapannya mencuri perhtaian netizen.

Bahkan, rata-ratanya terhibur melihat perangai selamba dan kelakar Tiara.

“Tiara iye kan je bapanya bebel. 6 million buat tak endah. janji kenyang kan Tiara?

“Bahagia seorang anak. Ayah membebel, dia tetap enjoy makan. Bagus Tiara, makan tetap makan!

“Tiara tak kuasa nak layan abah. Paling penting makan, duta-duta tolak tepi,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022
Hiburan Tue, 25 Feb 2020
Events Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Lega! Semua Dah Berakhir

Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan di mahkamah akan menjadi noktah buat semua.

Featured Thu, 24 Mar 2022
Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Fida Ibrahim Kini Bergelar Ibu, Selamat Timang Bayi Sulung

Alhamdulillah! Tahniah Fida dan Suami!

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Trending Mon, 22 Feb 2021

Trending Di Twitter Isu Perlekeh Artis Korea, Janna Nick Tampil Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Fitnah

Pelakon, Penyanyi dan Pengacara Melodi, Janna Nick dilihat mengambil tindakan terhadap individu atau pemilik akaun yang mencetuskan fitnah dan provokasi di laman sosial terhadap dirinya. Menerusi satu hantaran dilaman Twitter miliknya, Janna Nick atau nama […]

error: Content is protected !!