Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 2, 2018 @ 12:33pm

Lega! Semua Dah Berakhir

Syukur! Akhirnya kemelut di antara Fasha dan Nora berakhir sudah selepas permohonan maaf daripada Fasha Sandha dibuat terhadap Nora.

Dalam pada itu, Nora berharap Fasha memenuhi segala ‘aku janji’ yang dimeterai atas budi bicara dirinya bersama peguam selepas menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

” Semuanya telah berakhir atas budi bicara saya dan pihak guaman saya mengenai kes saman fitnah yang difailkan oleh saya terhadap beliau tahun lalu.

“Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan di mahkamah akan menjadi noktah buat semua.

“ Bermaaf- maafan adalah amalan yang baik dan dimuliakan,” kata Nora menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Nora turut memuat naik lampiran persetujuan dua belah pihak yang dilakukan pada 22 Mei lalu.

Selain itu, isteri kepada Nedim Nazri ini turut mengucapkan terima kasih kepada barisan guamannya yang berjaya memperolehi keputusan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guaman diketuai Datuk David Garuptham, Datin Satwant Kaur dan Audrey Joyse Nelson kerana berjaya memperoleh keputusan ini,” tulisnya.

Perselisihan faham antara mereka terjadi sejak sekian lama dan kemuncaknya apabila Fasha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya ia atas arahan Nora.

Menurut Fasha, demi anak-anak mereka yang bersaudara, adalah tidak molek dia dan Nora terus bermusuhan tanpa mencari titik nokhtahnya.

Terdahulu, kedua-duanya pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023

Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Allahu, sedih pula 😭 Isteri pertama hanya nak tuntut hak, tapi sukar nak berkomunikasi 🤭 hm..

Featured Thu, 23 Jun 2022
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

“Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

Intan bagaimanapun meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki.

Events Wed, 5 Feb 2020
Hiburan Tue, 7 Jan 2020

It’s The End For X1; All Agencies Agree On Disbandment

They started as the most anticipated rookie group of the year, but they met the end only after 5 months of debut.

Events Wed, 26 Jun 2019

黄明志《辣死你妈1.0》玩穿越!希望鼠年贺岁档上映

相隔8年,Namewee黄明志再次操刀拍摄《辣死你妈2.0》续集《辣死你妈1.0》,融合大马多元种族文化的特色,大完穿越回到600年前马六甲王朝。

error: Content is protected !!