Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2023 @ 12:04pm

3,000 Pek Sold Out Dalam Masa 2 Jam, Ernie Zakri Menangis Minta Tiara Jual Candy Lagi – “Kak Ninie Nak Beli Candy Tiara!”

Sejak kebelakangan ini ramai yang sebak apabila pelawak dan penyanyi, Achey berkongsi video tular anaknya, Nur Tiara Zinnirah ketika melakukan live sambil menjual candy.

Menerusi perkongsian video tersebut, Achey bersama-sama isterinya kelihatan tidak dapat menahan air mata melihat jualan gula-gula anaknya itu mendapat sambutan ramai.

Malah, pelbagai ‘gift’ turut diberikan kepada mereka sebagai tanda sokongan buat Tiara.

 3,000 pack sold out dalam masa 2 jam sahaja!

Tidak menyangka sambutan luar biasa yang diterima Tiara, Achey atau nama penuhnya,  Mohd Nasir Hamzah bersyukur dan memaklumkan bahawa anaknya itu sebenarnya teruja untuk melakukan jualan candy di TikTok.

“Saya cakap terus terang kalau banyak macam ni, keuntungan Tiara hanya RM1  sahaja.

“Sebenarnya dia yang desak saya selama dua hari ni, dia nak jual candy sebab dia terpandang dekat youtube ada individu ni dari Dubai jual coklat. Dia tengok video tu lama, jadi bermulalah dia desak saya nk jual candy katanya.

“Dia nampak gula-gula ni pun di kedai RM2. Bila dia masuk kedai Eco tu dia ambil candy tu dan masukkan dalam bakul say apun ikut je. tapi tak sangka malam ni alhamdulillah, rezeki Tiara. 3,000 pek sold out dalam masa 2 jam sahaja,” jelasnya.

@wanshiraz Alhamdulillah rezeki tiara…pecah rekod masa 2jam 21m like jual candy…@achey_kintangkintung #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #candy ♬ original sound – 🔸W.A.N🔸

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons menerusi hantaran berkenaan yang memuji sikap ‘humble’ Achey dan isteri dalam  mendidik Tiara.

Bahkan, ada yang beranggapan Tiara sebenarnya adalah pembawa rezeki buat keluarga kecil ini.

@achey_kintangkintung NUR TIARA ZINNIRAH NASIR BTE ABD HAQ .. Apa yang korang sayang sangat kat dia ni??? … 21juta like .. 21view maxsimum.. 3000pack sold out.. dalam masa 2 jam.. #tiarabottolcandy #terimakasih #anakachey #tiarazinnirah ♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

 

Ernie Zakri menangis minta peminat remind bila Tiara jual candy

Dalam pada itu, penyanyi popular Ernie Zakri menerusi hantaran terkini di TikTok juga tidak ketinggalan berasa sebak melihat video tular tersebut.

Ernie menerusi kapsyen yang ditulis, memohon agar warganet memaklumkan kepadanya sekiranya Tiara tampil membuat sesi live bagi menjual botol candy nya itu selepas ini.

“Tolong bagitahu kalau Tiara buat live lagi. Kak Ninie nak beli candy Tiara,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Featured Mon, 9 Mar 2026

“Apa Dia Buat Tak Kena Dari Pembahagian Royalti, Itu Duit Pencen Kami” – Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Versi AI, Azmeer Tegas Beri Pelajaran Pada Jane In Heaven

Dr Azmeer Abu Bakar tampil menjelaskan mengenai status lagu popular di platform TikTok iaitu,  ‘Cinta Tersimpul Rapi’ yang dibuat menggunakan versi AI (Kecerdasan buatan).

Hiburan Wed, 16 May 2018

Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh!

Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali pada konsert yang bakal diadakan pada September ini

Trending Thu, 15 Mar 2018

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja di kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

1000 Pembeli Terawal Vivo V15 Bakal Dapat Baucar SimplySiti

Vivo Malaysia berharap dengan kerjasama ini dapat memenuhi permintaan pengguna telefon pintar di Malaysia

Ijab & Kabul Mon, 23 Oct 2023
Hiburan Thu, 14 Mar 2024
error: Content is protected !!