Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 28, 2023 @ 1:48pm

Pengalaman Hidup Mematangkan, Nad Zainal Tak Mahu Serabut Fikirkan Isu Hilang Kawan – “Apa Yang Jadi, Faham Sendirilah… Saya Bahagia”

Pelakon, Nad Zainal mengakui tidak mahu memikirkan tentang kontroversi bermasam muka dan tidak lagi berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang difahamkan telah hilang dari radar.

Menerusi temubual bersama Melodi TV3, isteri kepada aktor Ungku Ismail itu berkata dia tidak mahu bermusuh dan hanya memberi tumpuan kepada kerjaya seninya sebagai pelakon.

“Siapa yang masih dengan saya itu Alhamdulillah, itulah sahabat saya dunia akhirat. Siapa yang tiada itu, mungkin ada alasan tertentu yang saya tak nak kongsi.

“Yang saya tahu, sekarang ini adalah keluarga saya, suami saya dan juga ada rakan-rakan, peminat. Kadang-kadang orang luar ni tengok daripada jauh sebenarnya lebih dekat dengan kita. Allah betul sayang kitalah.

“Saya rasa mana yang tak ada kita kira tak adalah. Saya tak mahu mencari, saya pun tak mahu memikirkan. Saya hanya mahu fokus kepada mereka yang sayang dan bersama saya.

“Apa yang terjadi itu saya rasa faham sendirilah, saya tak nak jelas lebih lanjut. I am happy with my life now. Tak ada bermusuh, dalam industri saya nak bekerja cari duit untuk anak saya, happykan suami dan jaga diri itu sahaja,” ujarnya.

Nad Zainal Tak Terkilan, Cuma Penat

Aktres drama rantaian popular Takdir Yang Tertulis ini bagaimanapun menafikan dirinya terkilan apabila sering dikatikan dengan beberapa isu kurang enak.

“Tak terkilan cuma kadang kala rasa penat. Bila kongsi salah, tak kongsi salah. Lebih baik tak perlu share benda yang tak sewajarnya. Saya ini hanya artis biasa, tak ada yang nak dikongsikan.

“Saya utamakan mereka (peminat) yang betul-betul sayang saya.. Saya dan Ismail, tak nak serabutkan hidup kita. Bukan menjauhkan diri, cuma lebih suka kalau orang mendoakan perkara baik.. menghargai kerja kita,” tuturnya lagi.

Nad Zainal Bahagia Bersama Suami, Anak-Anak

Berkongsi perkembangan terkini tentang kehidupannya bersama Ungku, Nad berkata dia sangat bahagia meniti hari-harinya disamping suami penyayang dan anak-anak.

“Saya dan Ismail dah melalui fasa-fasa perkahwinan yang menggembirakan.. Kita banyak perbaiki bersama, bina keluarga bahagia bersama. Dalam fasa awal lagi yang semuanya okay.

“Saya tak pernah sangkakan takdir hidup saya akan menjadi seperti ini. Banyak perubahan hidup saya ini mematangkan diri. Ada waktu jatuh, kita bangun. Ada waktu sakit, kita sihat. Bila kita susah kita nampak siapa yang betul-betu ada dengan kita.

“Saya nak sangat-sangat tenang, sebab perjalanan kita jauh lagi.. Saya nak kongsikan banyak perkara pun risau sebab ada banyak kisah yang tak seronok. Jadi belum betul-betul selamat, hanya mampu untuk duduk diam sahaja, tambahnya.

Nad mengakui tidak menghiraukan sekiranya hilang rakan dari radar kerana menganggap perkara tersebut seperti itu zaman sekolah.

Susulan itu, aktres berkaliber Nabila Huda juga memberi respons terhadap pengakuan Nad itu yang berkata dia tidak mengenali selebriti tersebut.

Sebelum ini, selebriti Sherry Alhadad juga berkata kali terakhir dia berhubung dengan Nad sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Rakan-rakan selebriti membuat tabung dana khas untuk membantu keluarga Nad Zainal membiayai rawatan bil hospital.

Artikel Berkaitan: Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

Artikel Berkaitan: “Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Artikel Berkaitan: Dedah Turut Disekat Nad Zainal, Elvina Mohamad ‘Annoying’ Dengan Iqbal – “Diam Je Boleh Tak?!”

Artikel Berkaitan: Didakwa Menjauh Gara-Gara Pilih Kawan Selepas Berhijab, Nad Zainal Tampil Beri Respons – “Jangan Kita Kusutkan…”

Artikel Berkaitan: Marsha Pilih Kunci Mulut, Enggan Ulas Isu Kontroversi Babitkan Nad Zainal – “Saya Gembira Dia Dah Bahagia’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Jul 2025

[VIDEO] Nabil Aqil, Daniel Fong Tepis Dakwaan Aktor Badan Berbau

Spontan sahaja Nabil Aqil tepis dakwaan badan berbau

Hiburan Fri, 4 May 2018

陈薇薇以身犯险《小心有诈》上演「无间道」

近年来,诈骗案件在全国层出不穷,手段五花八门,令人民防不胜防。本地首创论“骗”节目《小心有诈》由陈薇薇主持,提高公众对各类骗局的意识和警惕。

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Hiburan Fri, 28 Oct 2022

“Nampak Ayu & Sopan, Teruskan Pakai Macam Ini” – Penampilan Baby Shima Berbaju Kurung Dipuji Netizen

Sering dihimpit kontroversi, penampilan terkini penyanyi dangdut Baby Shima yang memakai baju kurung menarik perhatian warganet. Dikongsikan menerusi hantaran terbaru akaun TikTok miliknya, kali ini Shima tidak menerima kritikan, sebaliknya dia mendapat pujian rata-rata peminat. […]

Featured Mon, 24 Jun 2024

Kamal Bakar Nazak, Kuman Merebak Hingga Tutup Paru-Paru

Kita doakan moga abang Kamal Bakar dikurniakan syifa🤲

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Didakwa Bergolak, Ini Respons Dr Che Hafiz – “Biasalah Ada Pasang Surut”

Hafiz menjelaskan perkara itu tidak benar, sebaliknya mereka memilih untuk tidak berkongsi segalanya di media sosial.

error: Content is protected !!