Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2024 @ 12:23pm

Kamal Bakar Nazak, Kuman Merebak Hingga Tutup Paru-Paru

Keadaan pelakon senior, Kamal Bakar dilaporkan kritikal apabila paru-parunya dijangkiti kuman dan mula merebak dengan sangat cepat sehingga menutup bahagian kiri paru-parunya.

Memetik laporan Harian Metro, anaknya yang dikenali sebagai Hanis berkata, doktor memaklumkan agar dia bersedia dengan segala kemungkinan memandangkan keadaan ayahnya yang semakin teruk.

“Mengikut kata doktor, keadaan ayah makin teruk. Sekarang, ayah bergantung dengan mesin. Doktor masih terus memberikan ubat. Tapi sekiranya jantung ayah berhenti ketika ini, pihak hospital tidak akan melakukan bantuan pernafasan sebab tak mahu menyakitinya.

“Memang kami kena sedia, kene reda jika apa-apa berlaku. Tapi kami masih tak putus harapan.

“Keadaan ayah tengah nazak kerana paru-parunya dijangkiti kuman sekali lagi. Kuman merebak sangat cepat sampai tutup semua paru-paru sebelah kiri,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Hanis dan keluarga bagaimanapun masih mengharapkan yang terbaik buat bapanya dan berharap jantungnya tidak akan berhenti.

Terdahulu, pada 3 Jun 2024, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka dan dalam tempoh dua minggu kemudian, dia sekali lagi dimasukkan ke Unit Kecemasan (ICU) selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

[VIDEO] Aksi Comel Nadhir Nasar Pujuk Kanak-Kanak Lelaki Merajuk Raih Perhatian – “Comelnya!”

Kanak-kanak lelaki itu terbaring kerana terlalu lama menunggu Nadhir untuk bergambar

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Angeline注册结婚啦!

One FM Angeline与交往近两年的男友Andrew BB今日(18日)注册结婚,开花结果啦!

Featured Mon, 7 Jul 2025
Events Mon, 17 Dec 2018
Featured Sat, 30 Oct 2021
Hiburan Thu, 14 May 2026

“Jangan Menekan-Nekan, Mengatur Hidup Orang” – Fazura Kongsi Pandangan Tentang Jodoh

Fazura secara bersahaja berkata dia tidak boleh membuat pilihan bagi pihak orang lain

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Comelnya! Gaya Anak-Anak Selebriti Malaysia Ke Sekolah

Belajar rajin-rajin yer anak-anak semua…ops, make sure balik nanti kasut sekolah awak masih putih ok?

error: Content is protected !!