Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2023 @ 4:45pm

Marsha Pilih Kunci Mulut, Enggan Ulas Isu Kontroversi Babitkan Nad Zainal – “Saya Gembira Dia Dah Bahagia’

Isu kontroversi membabitkan hubungan rakan artis yang dilihat saling menyindir di ruangan media sosial ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah, tindakan pelakon versatile, Nabila Huda yang kelihatan bersikap tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak pernah mengenali individu yang bernama Nad Zainal ternayat mencetuskan spekulasi dalam kalangan warganet.

Termasuklah, apabila aktres itu mendedahkan bahawa dirinya juga turut di blocked oleh aktres tersebut di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:Jawab Dakwaan ‘Bergaduh’ Dengan Nad Zainal, Nabila Huda Tampil Buka Mulut – “Saya Tak Pernah Dengar Nama Dia & Tak Kenal Dia Siapa!”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Kenal Siapa Nad Zainal, Nabila Huda Kenalkan Rakan-Rakan Artis Yang Dikenali.. Siap Boleh Describe!

Enggan komen lebih lanjut, marsha pilih kunci mulut

Susulan isu tersebut, rakan baik Nad yang juga penyanyi popular, Marsha Milan Londoh kelihatan masih ‘bertenang’ dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media sosial sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, memetik laporan Ohbulan! Marsha berkata, dia sedar akan isu panas itu namun dia memilih untuk berdiam.

” Saya tahu tentang isu ini dan saya pilih untuk berdiam. Harap maklum,” katanya.

Malah, dia juga memaklumkan, sehingga kini dia masih belum bertemu secara face to face dengan rakannya itu semenjak Nad dilaporkan sihat sehinggalah sekarang.

“Kami tak sempat jumpa sejak dia sedar dari hospital. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa.

“Tapi, saya gembira dia dah bahagia,” jelasnya.

Terdahulu, selain Nabila Huda aktres sensasi Sharifah Sakinah juga antara yang lantang menyuarakan perasaan mereka di media sosial susulan kenyataan Nad Zainal yang mahu mengecilkan ‘circle’ dan tidak mahu fokus siapa yang hilang dari radar.

ARTIKEL BERKAITAN:Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

ARTIKEL BERKAITAN:Nad Zainal Dilanda Kontroversi, Ungku Ismail Tampil Titip Nasihat – “Untukmu Yang Jadi Korban Para Penggosip”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Menjauh Gara-Gara Pilih Kawan Selepas Berhijab, Nad Zainal Tampil Beri Respons – “Jangan Kita Kusutkan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Featured Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Eat Travel Fri, 22 May 2020

Lemang hipster, enaknya tak terkata

Sekali makan, terus melekat mahu lagi

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Sufie Rashid Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Tahniah Sufie Rashid & Ain. Semoga segala urusan persiapan menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.

error: Content is protected !!