Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 5, 2018 @ 9:48am

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Alhamdulillah! Rezeki bagi wanita bernama Mariam Zakaria yang berusia 100 tahun kerana dapat menunaikan tanggungjawab turun mengundi untuk kali ke 14.

Nampaknya wanita ini sudah tidak sabar untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Mariam yang tinggal dekat Kapung Hubong, Endau, dekat sini dipercayai pengundi tertua dalam Parlimen Mersing, malah antara yang tertua di Johor.

Sumber gambar; Berita Harian Online

Sepanjang 13 kali PRU, hanya tiga kali beliau tidak dapat menunaikan tanggungjawab mengundi berikutan masalah kesihatan dan penglihatan.

Mariam berkata, beliau teruja untuk menunaikan tanggungjawab mengundi walaupun tidak berapa sihat akibat penyakit semput dan masalah penglihatan.

“Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti,” katanya.

Bagi Mariam, meskipun dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan atas faktor usia, beliau tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di kawasan itu seperti orang lain.

Beliau yang mempunyai tiga anak kini bergantung hidup kepada anak dan cucu selain hasil kelapa sawit dan bantuan BR1M.

“PRU kali ini tentu banyak bezanya dengan PRU terdahulu kerana saya difahamkan berlaku pertembungan tiga penjuru yang dijangka sengit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dan Parlimen Mersing,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Feb 2021
Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Kolaborasi Paling Gempak Hujung Tahun Ini, Nidji & Bunkface Bersatu Di Pentas Nusa Fest!

Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

Trending Mon, 24 Aug 2020
Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Featured Thu, 16 Mar 2023
Drama Thu, 14 Dec 2023
Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

Featured Fri, 5 Jul 2024

Kontinjen Negara Bakal Menyarungkan Rekaan Rizman Ruzaini Semasa Pembukaan Olimpik Paris 2024

Sekali lagi Rizman Ruzaini mendonia!!! tahniah satu pencapaian yang membanggakan

Kisah Viral Thu, 19 Mar 2026

“Kalau Saya Nak Namakan Cucu Saya Bawal, Boleh Daftar Ke?” – Perkongsian Haliza Maysuri Cetus Pelbagai Reaksi Warganet

Haliza Maysuri mencuri perhatian warganet apabila berkongsi satu persoalan unik di aplikasi Threads mengenai hasrat menamakan cucunya sebagai ‘Bawal’.

error: Content is protected !!