Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 9, 2026 @ 1:10pm

“Apa Dia Buat Tak Kena Dari Pembahagian Royalti, Itu Duit Pencen Kami” – Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Versi AI, Azmeer Tegas Beri Pelajaran Pada Jane In Heaven

Penulis lirik dan komposer, Dr Azmeer Abu Bakar tampil menjelaskan mengenai status lagu popular di platform TikTok iaitu,  ‘Cinta Tersimpul Rapi’ yang dibuat menggunakan versi AI (Kecerdasan buatan).

Menurut Azmeer, penjelasan ini perlu dibuat bagi memberi pelajaran kepada Jane In Heaven kerana tindakannya menukar lagu tersebut kepada versi berkenaan adalah jelas melanggar undang-undang.

“Kalau dia buat sesuatu tanpa menyalurkan royalti kepada pencipta dan penulis yang sebenar itu tidak betul. Tak kena dengan pembahagian royalti yang sepatutnya diberikan kepada kami. Itu duit pencen kami.

“Apapun, kami berterima kasih kepada Jane kerana inisiatif dia lagu ni disukai ramai orang. Tapi kita ahrus educate dia, dia tak tahu cara yang betul,” katanya.

Azmeer berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Suria Records yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azmeer menegaskan bahawa lagu-lagu yang dihasilkan oleh AI tidak mempunyai ‘jiwa’ meskipun muziknya sedap didengar.

“Bagi saya AI tak boleh cipta jiwa dalam lagu. Buatlah macam mana pun, too perfect…tapi bagi saya manusia mesti ada imperfection.

“Dia (AI) tak faham, dia akan nyanyi sahaja apa yang tertulis. And then, beat muzik itu terllau ‘rigid’, keras dan tak ada jiwa,” jelasnya.

Dalam pada itu,  Lukhman S berkata, dia menghasilkan muzik dengan cukup teliti namun berasa kecewa jika hasilnya diambil tanpa kebenaran.

“Setiap tulisan saya itu, saya nak bila karya saya itu keluar dia akan membuat orang berfikir.

“Lagu macam Purnama Merindu intro sahaja tiga jam. Tapi sekaranag AI buat 30 saat sahaja dah siap. Jadi itu saya kata, kita kena educate lah pasal isu ni.

“Penulisan lirik AI tak boleh ubah, sebutan banyak salah, feel tak ada… jiwa dia tak faham,” ujarnya.

Terdahulu, Suria Records menegaskan bahawa setiap penggunaan dan pengedaran karya perlu melalui saluran sah serta menghormati hak semua pihak yang terlibat dalam penghasilannya termasuk komposer, penulis lirik, artis dan penerbit.

Pihak syarikat turut menjelaskan permintaan untuk menurunkan versi yang dimuat naik sebelum ini dibuat atas dasar tanggungjawab dan bukan untuk menyekat kreativiti mana-mana pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 14 May 2023
Featured Wed, 11 Feb 2026

“Baby L You Are My Biggest Blessing”- Bakal Bergelar Ibu, Eyka Farhana Mohon Doa Peminat

Eyka terharu atas rezeki yang hadir dalam hidupnya sepanjang tahun 2025 hingga 2026 yang disifatkan cukup indah dan di luar jangkaan.

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

AJL33 Hanya Yang Terbaik Akan DiJulang!

Korang boleh menangtiket AJL33 bernilai RM110 juga tau! Cepat!

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

error: Content is protected !!