Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 26, 2025 @ 5:04pm

Cakra Khan Kembali Gegar Malaysia, Singapura Dengan Konsert ‘Divine’

Penyanyi tersohor Indonesia, Cakra Khan bakal mengubat rindu peminat di Malaysia menerusi konsert solo eksklusifnya, ‘Cakra Khan Divine Concert’ yang akan berlangsung pada 2 Ogos ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Bukan itu sahaja, Cakra turut menggegarkan pentas The Star Theatre, Singapura pada 18 Julai ini, sebagai memenuhi permintaan luar biasa peminat setia di republik berkenaan.

Konsert mega itu dibawakan khas oleh penganjur berpengalaman, Shiraz Projects, yang melihat ini sebagai momen tepat buat Cakra kembali menguasai pentas besar selepas sekian lama.

‘Divine’ yang menjadi tema konsert kali ini bukan sekadar nama ia melambangkan kehebatan dan perjalanan luar biasa Cakra sepanjang lebih sedekad bergelar anak seni.

Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, peminat bakal dihidangkan dengan persembahan penuh emosi, berkualiti dan menyentuh jiwa.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tapi medan untuk peminat menghayati keunikan suara Cakra yang tak lapuk dek zaman. Bukan hanya lagu-lagu terbaru, tetapi juga tembang klasik yang pernah melonjakkan namanya,” katanya.

Lebih menarik, Cakra tidak bersendirian. Barisan artis undangan seperti Marsha Milan, Ade Govinda, Titi DJ, Trio XL dan Faizal Lubis bakal menambah warna dan tenaga pada malam konsert yang dijangka penuh magis itu.

Berkongsi lanjut, Cakra berkata konsert di dua lokasi ini akan menampilkan kelainan dari segi pemilihan lagu.

“Senarai lagu di Singapura tak sama dengan Malaysia. Ada lagu baharu, ada susunan semula lagu lama semuanya untuk beri pengalaman berbeza kepada penonton.

“Saya sangat beri perhatian pada susunan muzik, pencahayaan dan suasana. Saya nak penonton rasa puas dan terhibur dari awal hingga akhir,” ujarnya.

Tambahnya, pada peringkat awal, hampir 30 lagu dirancang untuk dibawa ke pentas, namun terpaksa dikurangkan demi menjaga tempoh masa persembahan.

“Saya memang suka menyanyi dan kalau boleh nak nyanyi semua lagu. Tapi saya juga kena fikir waktu habis konsert. Jadi kami tapis ikut kesesuaian,” jelasnya lagi.

Untuk peminat yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan persembahan penuh emosi dan bertenaga ini, tiket boleh dibeli di www.myticket.asia bagi konsert Kuala Lumpur, manakala pemegang MyKad Singapura boleh mendapatkan tiket di www.sistic.com.sg.

Harga tiket bermula serendah RM225 hingga RM1,295 di Malaysia, dan SGD128 hingga SGD248 di Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Wed, 1 Apr 2020
Hiburan Mon, 16 Dec 2024
Featured Tue, 30 Jun 2026

“Kami Cuma Nak Tahu Apa Yang Berlaku, Suami Pun Dilarang Tengok CCTV” –  Anne Abdullah Persoal Misteri Kematian Nadia Kesuma

Pelakon Anne Abdullah berharap misteri di sebalik kematian Allahyarham rakan baiknya, Nadia Kesuma ketika berada di Jeddah dapat diselesaikan

Featured Wed, 31 Jul 2024

“Shut Your Mouth & Piss Off”- Ameera Khan Perjelas Spekulasi Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen

Kesian baby! Sudah-sudah lah gosipkan dengan Meerqeen okay😞🐝

Featured Wed, 9 Nov 2022

Tegar Sedih Dihalau Keluar Dari Rumah Sewa, Akui Sering Ditipu

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang…

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Events Sun, 27 Feb 2022

SOP Lengkap Dos Penggalak Tunai Solat Jumaat Hanya Terpakai Di Selangor

Sebelum ini, rata-rata masyarakat ada yang kurang berpuas hati terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat Jumaat apabila hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir ke masjid atau surau. […]

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

“Lagi seminggu je Mak, minggu depan majlis Sha dan Ubai…” 🥹😭 Pergi yang tak akan kembali, yang tinggal hanya kenangan 🥹 Al-fatihah

error: Content is protected !!