Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 15, 2023 @ 3:11pm

Akui Sedang Hamil Anak Ketiga, Kaka Azraff Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki Lagi!

Penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya kini sedang hamil anak ketiga dan bakal melahirkan cahaya mata lelaki pada Jun depan.

Menurut Kaka, dia tidak mengalami sebarang perubahan fizikal yang ketara untuk kehamilan kali ini memandangkan dirinya masih sibuk menguruskan anak keduanya yang baru berusia setahun.

“Ya, saya hamil anak ketiga. Sekarang, usia kandungan sudah masuk enam bulan.

“Sememangnya ramai tidak sedar saya hamil sebab muka dan berat badan tak naik, malah saya agak penat mengendalikan anak kedua yang masih kecil.

“Agak penat anak pertama dan kedua masih bermanja dengan saya, jadi saya sempat makan apa sahaja yang ada,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Kaka masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan biarpun kini sedang berbadan dua.

Tampil membuat persembahan bertenaga di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menerusi lagu Nuri nyanyian asal Ella, penyanyi itu juga meluahkan rasa bersyukur dapat membuat persembahan dengan baik

“Disebabkan kehamilan ketiga, jadi saya tidak terlalu layankan. Orang sekeliling sering ingatkan saya jangan terlalu lincah.

“Kalau ikutkan saya alami alahan teruk juga di awal kehamilan, tetapi saya pernah hamil dua kali, jadi sudah tahu bagaimana mahu menanganinya.

“Alhamdulillah, saya dapat menjayakan persembahan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gila itu turut meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya perempuan, namun tetap reda dengan ketentuan Sang Pencipta.

“Harapan mahukan anak perempuan ada sejak hamil anak kedua lagi. Tetapi, bila tahu hamil anak lelaki lagi, saya sudah tidak kisah dan reda. Saya terima, malah gembira dikelilingi anak lelaki, rasa seperti saya adalah ratu,” katanya.

Terdahulu, Kaka dan Adam Azriff telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Hasil perkahwinan tersebut, Kaka dan Adam dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aslan, 4, dan Aryan, setahun.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Jun 2021

Putera Harry Dan Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Kedua, Lilibet Diana

Selepas mengumumkan berita kehamilan  sembilan bulan lalu, Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan. Pasangan itu menamakan anak kedua mereka sebagai Lilibet “Lili” […]

Featured Thu, 21 Aug 2025

Kmy Kmo ‘Tak Selera’ Dengar Lagu AI – “Emosi Lagu Tu Kosong Paling Sedih Bila…”

Kata Kmy, lagu itu sebagai karya yang lahir bukan dari jiwa.

Hiburan Sat, 28 Dec 2019
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Trending Thu, 20 Jun 2019

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Tue, 9 Mar 2021
error: Content is protected !!