Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 5, 2022 @ 7:52pm

“Tahun Ni Sangat Complicated” – Tiada Kejutan, Aina Abdul Bertarung Di #AJL36 Dalam Keadaan Gusar

Penyanyi Aina Abdul memohon peminat untuk mendoakan kelancaran persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang berlangsung esok.

Bertanding dengan dua lagu, Sepi dan Nafas Cinta duet Bersama Khai Bahar, Aina mengakui dia bertanding dalam keadaan gusar.

“Tahun ini sangat ‘complicated’ disebabkan wabak Covid-19, lebih-lebih lagi keadaan sekarang, gelombang varian omicron. Setiap hari ada sahaja berita mengenai mereka yang saya kenal dijangkiti, di sana kena, di sini kena… Saya bertarung dalam keadaan gusar.

“Saya amat menekankan prosedur operasi standard (SOP), habis sahaja menyanyi, saya akan terus sarungkan pelitup muka. Saya berharap keadaan kesihatan saya berada dalam keadaan baik menjelang AJL 36 dan saya mohon doa peminat agar perjalanan Sepi serta Nafas Cinta dipermudahkan,” katanya kepada Xtra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Bakal muncul dengan penampilan tersendiri, Aina mengakui tidak akan melakukan sebarang kejutan lain di pentas AJL 36.

“Apa yang saya persembahkan ketika sesi latihan, begitu jugalah apa yang saya bakal persembahkan di pentas AJL36. Tak akan ada kejutan lain. Penampilan saya pula masih rahsia. Nantikan malam esok!

“Saya mahukan sesuatu yang ‘strong’, untuk Sepi, saya bermain dengan warna yang ‘kuat’, bagi Nafas Cinta pula, saya mengolah apa yang telah dilakukan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik 36 yang lepas. Apa yang saya sarungkan, ada elemen ‘itu’ di pentas AJL 36,” katanya lagi.

Jangan lupa tonton AJL 36 yang dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda esok, jam 9 malam hanya di TV3.

Saksikan juga acara karpet merah AJL 36 pada jam 8.30 malam esok di TV9 yang diacarakan oleh Sissy Imann dan Sean Lee.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Trending Fri, 19 Jan 2018

Sosial Media Punca Kes Cerai, Pasangan di Terengganu Mendahului Carta…

Penggunaan media sosial secara meluas menjadi salah satu pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai.

Trending Wed, 30 Dec 2020

KWSP Dijangka Mampu Beri Dividen 5 Peratus

Dengar penjelasan penganalisa..

Hiburan Sat, 20 Jan 2024
Featured Fri, 13 Sep 2024
Trending Tue, 24 Dec 2019

‘Sayap’ Terawal Superman Dilelong Hampir RM1 Juta

Sayap pertama yang digunakan dalam Superman

Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

error: Content is protected !!