Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2024 @ 10:56pm

Rita Rudaini Selar Netizen – “Saya Yang Kena Corakkan Anak-Anak, Bukan Suami Jiran Atau Bapak Tiri Anda”

Pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan segelintir netizen apabila ramai yang memberikan respons terhadap pencapaian kedua-dua anaknya.

Perkara itu timbul susulan ramai dalam kalangan netizen mengaitkan kejayaan yang dicapai anaknya dalam bidang sukan bola sepak mahupun pelajaran ada kaitan dengan faktor genetik bekas suaminya yang juga penolong jurulatih kelab bolasepak Johor Darul Taazim, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Menyifatkan anak-anak sebagai kain putih dan ibu bapa adalah kunci utama yang mencorakkan kejayaan mereka, Rita menjelaskan setiap pencapaian yang diraih anak-anaknya adalah hasil usaha dan kerja keras mereka sendiri dan tiada kaitan dengan faktor genetik.

“Anak-anak ibarat kain putih. Saya, ibu bapa yang mencorakkannya. Bukan suami jiran sebelah atau bapak tiri anda.

“Kalau saya gagal corak atau tak ada usaha dari anak-anak tidak kiralah bapa dia lawyer ke? ketua kampung ke? Ahli gusti ke? tak menjadi juga. Sibuk pasal genetik tak habis-habis. Bakat lakonan aku pun tak tahu datang dari mana.

“Sudah-sudahlah lah nak mengata, menyibuk anak orang. Mengata saya tak boleh terima itu ini.. jaga je lah gen anak-anak sendiri,” katanya.

Perkara itu dikongsi Rita menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meninggalkan pesan berupa peribahasa berbunyi, “Hanya jauhari mengenal manikam”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Erwin berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Che Ta Mahu Jadi Muslimah Yang Sempurna

Syabas Che Ta! Kalau sebelum ni Che Ta memang cantik, sekarang ni lagi bertambah-tambah cantik lah nampak gaya nya.

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Inilah Rahsia Kecantikan Sajat!

Untuk episod seterusnya, penonton jangan lupa menyaksikan Nur Sajat Rated Xtra kerana, dengar cerita Sajat nak bawa kita semua ke sesi photoshoot beliau. Agaknya, apa pula drama Sajat kali ni ye?

Trending Wed, 19 Sep 2018

Sambil Menikmati Makan Malam Mewah, Boleh Berswafoto Di Atas Sayap Kapal Terbang. Wow!

Kuala Lumpur menambahkan satu lagi daya tarikannya dengan pelancaran Plane In The City, sebuah kapal terbang lama yang diubahsuai menjadi sebuah restoran eksklusif.

Hiburan Wed, 30 May 2018

“Mungkin Kami Pernah Kenal” – Syafiq Kyle Jawab Isu Video Kontroversi

Syafiq Kyle telahpun membuat sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut. Dan, menurut beliau kenyataan ini adalah muktamad dan adalah yang terakhir.

error: Content is protected !!