Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 19, 2023 @ 7:09pm

Bergandingan Dalam Lagu Raya, Cheta Pot Pet Pilih Ayu Damit, Watie & Yasin Senario

Lama menyimpan hasrat untuk tampil dengan sebuah lagu Raya, penyanyi serta usahawan selebriti, Cheta Pot Pet, 36, akhirnya hadir dengan buah tangan baharu yang diberi judul Cayang-Cayang Raya.

Menurut Cheta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, lagu raya tersebut juga mengukir tanda istimewa kerana dia tampil bergandingan dengan tiga sahabat artis lain iaitu Watie Sadali, Ayu Damit dan Yasin Senario.

“Idea untuk keluarkan lagu ini dan memilih ketiga-ketiga mereka kerana kami ini selalu beraksi dan membuat persembahan pentas yang sama. Terutama di acara karnival beli-belah terbesar negara, Starvendors.

“Jadi saya terfikir, mengapa tidak keluarkan lagu raya yang tentunya sinonim juga dengan acara tersebut yang biasanya menjadi tumpuan ramai pengunjung menjelang hari raya. Hasilkan lagu sendiri, rakam dengan sahabat-sahabat artis ini, baru puas hati,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai penghasilan lahu tersebut, kata Cheta, pada awalnya dia cuma bergurau untuk hasilkan lagu namun tidak menyangka idea tersebut benar-benar dapat direalisasikan.

“Mulanya cuma main-main saja. Lepas keluar dan banyak berjumpa dan bersembang dengan ketiga-tiga mereka ini, saya rasa baik teruskan hasrat tersebut.

“Iyalah, mana tahu ada rezeki lagu ini dapat sambutan di kalangan pendengar. Lagipun, baik Watie, Ayu dan Yasin, ketiga-tiga mereka sangat ‘sporting’ dan beri kerjasama baik untuk kolaborasi ini,” katanya.

Selain itu, tambah Cheta lagi, lagu yang liriknya diciptakan sendiri bersama komposer Amy Ukay’s itu sengaja dilancarkan pada tanggal 20 April ini.

Meskipun sedar ada yang beranggapan dia terlalu tergopoh-gopoh menghasilkan lagu Raya, namun bagi Cheta, apa yang paling utama adalah dia dan tiga rakannya ini dapat menghiburkan halwa telinga pendengar dan peminat terutama mereka yang suka dengan irama lagu lama.

“Tak dinafikan memang agak kelam kabut sedikit nak keluarkan lagu ini. Bukan sebab nak berlumba-lumba dengan artis lain untuk keluarkan lagu. Tapi kita nak orang dapat dengar lagu-lagu raya yang bernostalgia lama.

“Saya suka bila pendengar rasa terhibur dan dapat menyanyi sama dengan lagu raya ini. Itu juga adalah tujuan asal mengapa saya minta juga Amy Ukay’s untuk hasilkan irama lagu lama.

“Sekarang dah zaman moden, irama lagu kuga semakin moden. Adakala kita sebagai pendengar pun merindui lagu-lagu berentak lama begini yang membangkitkan ‘mood’ nak beraya dan balik kampung itu,”katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai pembikinan video muzik lagu Cayang-Cayang Raya, kata Cheta, penghasilannya secara keseluruhan mengambil masa selama dua hari.

“Kami siapkan semuanya dalam tempoh dua hari dengan pembikinan dijalankan di kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Alhamdulillah, artis semua bagi kerjasama.

“Kami juga dapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak dalam menjayakan video muzik ini. Macam saya kata, walaupun keadaan sedikit kelam-kabut, tapi semuanya berjalan dengan lancar,”katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 12 Dec 2020

Kadar Pengangguran Dijangka Bakal Meningkat

Harap ekonomi kembali pulih

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Jangan lepaskan peluang lagi tau! Jom dapatkan tiket segera di www.mccpiepro.com.

Featured Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Lan Kristal Umum Undur Diri,

Lan Kristal Umum Undur Diri, Harap Rakan Band Hormati Keputusannya

Trending Sat, 25 Aug 2018

Horrendous Accident Leaves Couple Hurt but Child Miraculous Unharmed

The couple were rolling around the road after the accident but the child remained on the motorbike as it glided away.

Featured Tue, 14 May 2024

“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Betul setiap orang ada cara masing-masing. Siapa yang tuduh tu bial nampak Daiyan derma macam ni mesti ‘makan dalam’ kan? Fikri positif saja🤧

Hiburan Thu, 3 May 2018

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Produksi bagi penerbitan lagu juga mengakui bahawa Sajat melakukan yang terbaik semasa sesi rakaman beliau pada kali ini. Kalau nak tahu, baik tak baik Sajat membawakan lagu Makhluk Penggoda ni, kenalah tengok Nur Sajat Rated Xtra!

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

‘Asal Oesoel’ Naelofar…Terbaru Dari Lofa

Sentiasa memperkenalkan rekaan yang ‘out of the box’!

error: Content is protected !!