Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 28, 2020 @ 12:12pm

Chacha Maembong Akui Suka Pakai Seksi Dari Dulu

Berikutan video pelakon, Chacha Maembong yang sedang berparti sakan dengan teman-temannya di pulau Bali tular, adik kepada Emma Maembong itu sekali lagi menjadi kecaman netizen kerana di dalam video tersebut, Chacha kelihatan sedang menari sambil memakai bikini. 

Namun demikian, Chacha mengambil sikap tidak ambil peduli dengan kutukan netizen asalkan ia tidak menjejas perjalanan seninya sebagai seorang pelakon. 

“Saya mengakui bercuti dengan rakan-rakan ketika video berkenaan tular.  Ini hanya percutian membabitkan rakan-rakan wanita.

“Saya enggan mengulas lebih lanjut, kisah yang sudah dilupakan.  Saya tidak mampu menutup mulut warganet bercakap buruk mengenai saya.

“Redha saja, inilah bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai selebriti.  Namun, ia bukan penghalang untuk saya menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang disukai,” katanya kepada BH Online.  

Terdahulu apabila video itu tular pada awal Disember lalu, Chacha mengambil posisi untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu tersebut, memandangkan pada ketika itu, kakaknya Emma Maembong sedang sakit di hospital. 

Tambah pelakon drama Pesan Pada Hati ini, dia tidak mahu bersikap hipokrit dan berkepura-puraan dengan netizen. 

“Saya sudah kebal dengan hentaman warganet.  Bukan mereka tidak tahu saya suka berpakaian seksi sejak dahulu lagi. 

“Saya bukannya jenis bermuka-muka.  Apa yang ditunjukkan dalam laman Instagram (IG) adalah diri saya. 

“Saya tak mahu dalam IG bukan main tunjuk baik.  Berjumpa di luar, tidak senonoh.  Saya rasa kesannya lagi buruk terhadap seseorang yang berperangai begitu,” kata Chacha. 

Sememangnya sebagai seorang selebriti, mata-mata yang melihat kadang kala hanya menunggu masa kita alpa sebelum menghentam apa jua tindakan kita, tetapi sayangnya kepada artis seperti Chacha atau pun apa yang berlaku pada ‘influencer’ media sosial Sharifah Rose baru-baru ini apabila videonya tidak berhijab di Phuket tular, ia adalah akibat daripada sikap rakan-rakan mereka yang bercuti bersama dan mengambil mudah tentang apa yang di muat naik di laman media sosial mereka. 

Baca: Foto Tidak Bertudung Tular, Sharifah Rose Anggap “10 Minit Paling Bodoh Dalam Hidup”

Kredit Foto: Instagram @chachamaembong

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

Hiburan Mon, 12 Sep 2022

“Kan Elok Sekali Sekala Berpakaian Normal” – Busana Aina Abdul Dapat Pujian Netizen

Haa macam ni nampak classy sangat! Apapun Aina memang cantik! 😍

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Sufi Rashid Teruja Tahun ini Tidak Bujang

Sufi Rashid berasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beraya berstatus bujang.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

陈思颐首办工作坊!鼓励大家 「从心爱乳房」

Cindy陈思颐配合「国际乳癌关注月」将于11月10日举办《女人二三事工作坊:从心爱乳房》,唤醒大众重视乳房健康及乳癌的重要讯息。

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Jangan Ketinggalan! Temui Selebriti Kegemaran Anda Di Showcase Muzik-Muzik Sabtu Ini

Jadi, bagi menghangatkan Showcase Muzik-Muzik #33 anda dijemput hadir pada 11 Ogos ini bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai okay! Pastinya happening!

Hiburan Sun, 1 Dec 2024
Featured Tue, 4 Apr 2023
error: Content is protected !!