Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 1, 2024 @ 11:15am

“Perit Bila Kulit Dia Disiat-siat” – Syura Badron Kongsi Kronologi Suami Melecur Akibat Tong Gas Meletop Di Homestay

Penyanyi, Syura Badron tampil berkongsi detik cemas yang menimpa suaminya, Muhammad Farizat sehingga teruk melecur akibat letupan tong gas di Perlis, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video di TikTok, kejadian berlaku ketika Syura berada di ruang tamu manakala suaminya ke dapur untuk mengawal api yang ketika memanaskan bubur anaknya itu.

“Kejadiran berlaku di rumah inap pada hari Jumaat lepas. Pada malam kejadian, kebiasaannya suami akan hantar saya balik ke homestay untuk selesaikan keperluan anak anak dan dia akan ke tapak event semula.

“Tapi malam tu, dia masuk juga homestay. Sepatutnya saya yang kena sebab saya adalah orang yang masak bubur anak.

“Saya yang ke dapur, panaskan bubur anak dengan api yang kecil lepas tu saya tinggalkan bubur tu dan pergi ke ruang tamu.

“Suami saya pula pergi dapur adjust api bubur dan ketika itulah, terus meletup,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Syura berkata keadaan menjadi lebih cemas apabila suaminya menjerit minta tolong namun baju suaminya sudah terbakar.

“Saya dan anak berada di tempat agak terlindung daripada laluan ke dapur tu. Kami memang tak ada apa-apa tapi saya dapat rasakan gegaran rumah dan dengar letupan. Saya dengar suami saya jerit minta tolong.

“Saya hanya mampu tolong bukakan baju dia sebab masa tu baju dia dah terbakar. Subhanallah, dia sangat tenang masa tu dan dia tanya saya seterusnya nak buat apa. Dia sempat lagi tengok muka dekat cermin,” ujarnya.

Susulan itu, Syura membawa suaminya ke sebuah hospital namun terpaksa berpindah ke pusat perubatan Kedah keesokan harinya.

“Saya hubungi kawan saya dan kami terus bawa suami ke hospital. Sampai di sana, unit kebakaran tak ada di sana. Kena tunggu sehari baru suami dibawa ke Alor Setar dan mendapatkan rawatan. Masa tu kulit yang terbakar akan ditanggalkan dan suami saya dapat rasakan setiap kali disiat.

“Sakit dan peritnya benda tu jadi. Saya ambil keputusan untuk bawa suami balik ke Kuala Lumpur dan saya terpaksa sembunyikan daripada mak mentua sebab takut dia terkejut.

“Hari Ahad saya bawa suami dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Kami ambil masa 7 jam untuk sampai tapi Alhamdulillah suami saya selamat ke wad kecemasan dan mendapatkan rawatan,” ujarnya.

@syurabadron86

Video penjelasan ni agak panjang, semoga jelas .. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

♬ Very Sad – Enchan

Bagaimanapun, Syura menjelaskan dia dan suami sudah sepakat untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilih homestay tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2019
Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Trending Thu, 3 May 2018

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti […]

Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Trending Wed, 2 Dec 2020

PKPB : SOP Benarkan Aktiviti Scuba Diving Di Sabah

Semoga ada berita baik buat industri pelancongan

error: Content is protected !!