Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 2, 2020 @ 12:09pm

PKPB : SOP Benarkan Aktiviti Scuba Diving Di Sabah

Kerajaan Sabah sedang merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk aktiviti menyelam skuba ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan pihaknya menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti ini beroperasi semula.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aktiviti menyelam itu dikategorikan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal.

menghidupkan semula industri pelancongan

Tambahnya, berita baik yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri itu amat dinantikan oleh semua pengusaha pelancongan selepas beberapa bulan tidak dapat beroperasi.

Malah, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini mampu merancakkan kembali industri pelancongan negeri Sabah yang terkesan akibat krisis Covid-19.

Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada MKN yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun mengumumkan pihaknya membenarkan semula aktiviti menyelam termasuk di zon merah sejajar kelonggaran aktiviti rekreasi ketika PKPB ini.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 8 Nov 2025

Imbau Kehidupan Lahir Daripada Broken Family, Shaza Bae Gagal Tahan Sebak… Kini Dalam Fasa Berdamai Dengan Takdir

Shaza Bae, meluahkan perasaan sebaknya apabila mengimbau kembali detik kehidupannya yang lahir dalam keluarga yang tidak sempurna sejak kecil.

Featured Wed, 12 Mar 2025

Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Neelofa akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sebelum bersahur.

Featured Tue, 2 Nov 2021

Pemandu Lelaki Maut Ketika Membuat Cubaan Memotong Lori Balak

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlanggar belakang sebuah lori balak dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 357.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah […]

Featured Mon, 13 Feb 2023
Featured Fri, 3 Sep 2021
Featured Wed, 18 Sep 2024
error: Content is protected !!