Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2024 @ 12:09pm

BCL Titip Ucapan Terima Kasih Sempena Ulang Tahun Arwah Ashraf Sinclair – “Awak Begitu Bermakna Untuk Saya”

Genap empat tahun pemergian arwah Ashraf Sinclair, namun bekas isterinya yang juga penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari seakan tidak pernah sekali gagal untuk menitipkan dan berkongsi ucapan ulang tahun kelahiran Ashraf di platform media sosial.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Bunga atau lebih mesra dengan panggilan BCL tampil memberikan ucapan ulang tahun kelahiran yang ke-45 buat arwah suaminya itu.

Malah, pelantun lagu Cinta Sejati ini juga dilihat seakan meluahkan rasa rindu sekaligus menitipkan ucapan terima kasih buat arwah Ashraf kerana telah memberikan momen paling bahagia dan berharga untuk dirinya sepanjang bersama.

“Happy birthday in heaven, saya rasa terlalu banyak yang saya mahu bahaskan, katakan dan ceritakan tapi saya tidak tahu bagaimana.

“Apapun ia, saya ingin ucapkan terima kasih. terima kasih untuk semua momen bahagia, untuk semua perjuangan yang kita lalui, suka, duka, gelak tawa dan air mata yang kita kongsi. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita lalui bersama.

“Kamu begitu bermakna untuk saya dan semua orang yang menyayangi kamu. Have a wonderful celebration there. I miss you,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa sekaligus menganggap bahawa definisi cinta sejati itu adalah antara BCL dan arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 12 Jan 2018

HERE’S THE COMPLETE LIST OF WINNERS FROM GOLDEN DISK AWARDS 2018

Golden Disk Awards 2018 is here again for a whole new year, and we have the complete list of winners! Let us check out who are the winners for this year, shall we?

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Semoga cepat selesai misteri pembunuhan adik Zayn Rayyan

Featured Fri, 5 Aug 2022

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ini dah lama berlarutan, akhirnya mahkamah putuskan untuk tidak beri kerakyatan pada anak lahir di luar negara. Korang rasa wajar atau tak?

Trending Tue, 3 Mar 2026

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak […]

Featured Fri, 15 May 2020
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Featured Thu, 3 Mar 2022
Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

error: Content is protected !!