Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 25, 2026 @ 3:19pm

Angkat Vibes Muzik Jiwang 90-an, El Riss & Fana Ibrahim Bergabung Dalam ‘Adat Bercinta’

Dua nama muda yang sedang meningkat dalam industri muzik tempatan, El Riss dan Fana Ibrahim, tampil dengan kolaborasi pertama menerusi single terbaharu berjudul Adat Bercinta.

Lagu ini membawa pendekatan lebih jujur dalam menggambarkan sesebuah hubungan, dengan penceritaan yang dekat dengan pengalaman kehidupan sebenar dan tidak hanya memfokuskan sisi indah percintaan semata-mata.

El Riss yang mula dikenali di platform TikTok sebelum mencipta impak besar menerusi lagu Lukisan dengan lebih 13 juta tontonan, terus memperkukuh kedudukannya sebagai penyanyi yang menitikberatkan emosi dalam setiap karya.

Menurutnya, Adat Bercinta yang bernuansa muzik jiwang 90-an lahir daripada pengalaman yang cukup peribadi.

“Lagu ini datang daripada rasa yang sangat jujur. Ia bukan sekadar cerita cinta yang manis, tapi turut menyentuh realiti hubungan yang ada pasang surut. Saya percaya ramai akan rasa dekat dengan apa yang cuba disampaikan,” katanya.

Dalam masa sama, Fana Ibrahim yang baru berusia 18 tahun semakin mencuri perhatian sebagai antara bakat baharu yang menyerlah. Selepas tampil dengan single pertama Tanpa Relaku, dia terus menonjol dengan kebolehan vokal dan kemahiran bermain gitar yang menjadi identitinya.

Pengalaman menyertai program realiti nyanyian turut membantu membina keyakinan dan memperkukuh kehadirannya dalam industri sebagai artis muda berpotensi.

Berkongsi mengenai kolaborasi ini, Fana mengakui peluang tersebut memberi makna besar dalam perjalanan seninya.

“Saya memang teruja bila tahu akan berduet dengan El Riss. Walaupun latar belakang kami berbeza, bila digabungkan, ia hasilkan warna yang lain dalam lagu ini,” ujarnya.

Menggabungkan kekuatan emosi dan elemen muzik yang segar, Adat Bercinta menampilkan keserasian vokal kedua-dua penyanyi yang disampaikan dengan penuh penghayatan.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer Achik Asrain dan Adek Soraya, dengan tema yang menyentuh bukan sahaja keindahan cinta, tetapi juga cabaran, kejujuran dan kematangan dalam sesebuah hubungan.

Dengan gabungan dua bakat yang sedang meningkat naik serta naratif yang dekat dengan kehidupan, lagu ini dilihat berpotensi untuk mencuri perhatian pendengar tempatan.

Single Adat Bercinta kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 24 April 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Faizal Tahir Cipta Lagu Baru Untuk Siapa Di Mentor Millenia?

Lagu Faizal Tahir untuk siapa ya? Jangan lupa saksikan Mentor Milenia Akhir pada Ahad ini jam 9 malam di TV3! 

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

‘Dulu Sopan Je…’- Netizen ‘Hentam’ Gaya Nad Zainal Di Bali!

Sebagai seorang isteri dan ibu, kesihatan mental dan fizikal kita juga penting. Berlibur bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa hari bukanlah satu benda yang ‘kejam’ asalkan kita tau batas-batasnya. Sebaliknya, bila pulang nanti..kita mampu untuk menjadi […]

Trending Thu, 10 Jan 2019

Masjidil Haram Di Serang Ribuan Cengkerik

Pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

[VIDEO] Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Majlis ‘Gender Reveal’ Raih Tumpuan

Noh Salleh & isteri kongsi berita gembira bakal timang anak perempuan

Trending Sat, 13 Jun 2020
Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪

error: Content is protected !!