Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 10, 2019 @ 9:30am

Masjidil Haram Di Serang Ribuan Cengkerik

Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.

Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

“Kami mengambil semua langkah yang ada untuk mempercepatkan proses membasmi serangan itu bagi keselamatan dan keselesaan tetamu Allah,” katanya.

Pihak berkuasa itu turut menyiarkan gambar dan video pekerja menyembur racun serangga di sistem kumbahan serta longkang di sekeliling Masjidil Haram.

Masjidil Haram adalah lokasi utama bagi jutaan umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah umrah dan haji.Kejadian itu bukanlah sesuatu yang baharu dan Arab Saudi sebelum ini sering berdepan dengan masalah serangan serangga termasuk belalang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Cherpen Cabar Diri Keluar Zon Selesa, Berganding Dengan Chubb-E Dalam ‘Patah Hati’

Patah Hati merupakan lagu berentak reggae yang menyaksikan kolaborasi sulung Cherpen & Chubb-E.

Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Fri, 28 Apr 2023

Gandingan Redza Rosli & Amyra Rosli Dalam Drama ‘Kerasnya Takdir’

Macam mana Jiha (Amyra Rosli) nak teruskan hidup??!!

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Tue, 20 Jan 2026
error: Content is protected !!