Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 27, 2023 @ 2:45pm

[VIDEO] Power! Saida Dan Sairah Berpadu Suara Dengan Siti Nurhaliza Buat Ramai Teruja – “Padu Suara Tiga Beradik Ni”

Pasangan adik beradik, Siti Saida dan Siti Sairah menjadi perhatian peminat apabila tampil berpadu suara bersama kakak mereka yang juga penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Saida dan Sairah yang juga peserta program Famili Duo itu memuat naik rakaman video yang memaparkan Sairah sedang mendendangkan sebuah lagu dan turut kelihatan Siti Nurhaliza di sisinya.

Lebih menarik, tiga beradik itu turut berpadu suara di atas pentas dengan menyanyikan lagu popular Siti Nurhaliza iaitu Aku Bidadari SyurgaMu kepada tetamu yang hadir.

“Bukan senang dapat guna mikrofon Siti Nurhaliza.

“Kelmarin kami sempat menghadiri majlis CTDK Holdings dan bergegas membuat persiapan persembahan Famili Duo Ahad ini,” tulis Sairah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengagumi kehebatan vokal tiga beradik ini. Malah, ramai juga mendoakan perjalanan Saida dan Sairah di pentas Famili Duo berjalan lancar.

Terdahulu, minggu keenam Famili Duo menyaksikan Saida dan Sairah sekali lagi dinobatkan juara mingguan dengan membawa medley lagu Pantun Budi dan Kurik Kundi sekali gus mendahului pertandingan dengan meraih 72.8 peratus markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 6 Jul 2023
Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Tue, 20 Apr 2021

Ismail Sabri Nafi KKM Manipulasi Data Covid-19, Amaran Buat Penyebar Berita Palsu

Semakin ketat syarat rentas negeri yang dikenakan kerajaan, semakin banyak timbul khabar angin yang tidak sahih berkaitan data Covid-19. Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tegas […]

Trending Fri, 24 Nov 2017

RM600 Makan Kari Kepala Ikan Apa Yang Mahal Sangat

Biar betul apa yang dimakan sampai RM 600 , katanya lauk di pinggan yang diambil tu banyak

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Thu, 7 Mar 2024
error: Content is protected !!