Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 3:39pm

[VIDEO] Ummi Nazeera ‘Masuk Air’, Netizen Gesa Pengarah Cepat Tawarkan Skrip

Aksi bersahaja pelakon berbakat, Ummi Nazeera dalam sebuah video TikTok mencuit hati ramai apabila dilihat berbaring santai sambil ‘miming’ lagu popular Sampai Bila nyanyian Misha Omar dengan penuh penghayatan.

Video berdurasi beberapa saat itu memaparkan Ummi menggayakan ekspresi wajah dramatik seolah-olah benar-benar menyanyikan lagu berkenaan, demgan penuh pengjiwaan meskipun sekadar untuk hiburan.

Tindakan pelakon drama bersiri Teratak Kasih Salina itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang rata-ratanya terhibur dan tidak menyangka Ummi mempunyai sisi humor yang begitu mencuit hati.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berseloroh menyifatkan Ummi kini semakin ‘masuk air’ selepas kerap berkongsi kandungan video lucu di TikTok.

Tidak kurang juga yang secara berseloroh meminta pengarah-pengarah segera menawarkan skrip lakonan kepada Ummi sebelum ‘keadaan’ menjadi semakin menghiburkan.

Terdahulu, Ummi pernah memaklumkan kepada media dia kini memilih untuk berehat seketika daripada menerima tawaran berlakon kerana ingin memberi ruang selepas menjalani penggambaran yang banyak menuntut emosi dan air mata.

@umminazeera

Penat dah

♬ original sound – Ummi nazeera – Ummi nazeera

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 9 Jun 2019

Lelaki Guna Siren Polis Mudahkan Perjalanan Ditahan

Satu set siren yang telah dipasang dalam kereta berkenaan turut ditemukan, apa yang dibuat dengan siren tu ya?

Trending Fri, 18 Sep 2020
Featured Fri, 4 Jul 2025
Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Individu Gelar Golongan Wanita Terpaling ‘Double Standard’ Bila Disoal Virgin Atau Tak? Respons Balas Nadia Annuar Memang Padu

Nadia Annuar lantang menyuarakan pendapatnya berhubung pertanyaan seorang individu lelaki yang melabel golongan wanita sebagai makhluk terpaling ‘double standard’.

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya #Mambonom5 Johan dan Ozlynn

Johan turut menulis caption beserta tanda pagar #mambonom5, comel betul! Tahniah daripada kami buat seluruh keluarga Johan dan Ozlynn Wati. 

Trending Mon, 16 Mar 2020

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

COVID-19 semakin merisaukan di Malaysia, sanitize pakaian mungkin langkah seterusnya untuk berjaga-jaga.

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
error: Content is protected !!