Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 19, 2025 @ 12:53pm

“Hancur Hati… Saya Besarkan Dia, Tapi Ini Balasannya” – Che Nom Dakwa Dikhianati Anak Saudara Sendiri

Pempengaruh media sosial terkenal dengan kandungan masakan, Che Nom meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila mendakwa dikhianati anak saudaranya sendiri yang dijaga sejak kecil, ibarat darah daging.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Che Nom mendakwa individu yang dibelanya dari kecil itu bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan pekerjaan, termasuk kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya besarkan dia dari kecil, basuh najis, masak untuk dia tiap hari, hantar ke sekolah. Bila dah besar, saya ambil kerja sekali, bagi pendapatan tetap setiap bulan supaya hidup dia senang sikit di Lembah Klang.

“Tapi dia pergi buat laporan pada JTK dan KWSP, guna bukti bayaran bulanan itu kononnya saya tak jaga kebajikan pekerja. Sedih sangat bila dapat tahu. Lepas tu pula, saya terima surat saman dari JTK. Bertambah luluh hati saya,” katanya dalam nada kesal.

Menurut Che Nom, apa yang lebih menyedihkan adalah kebaikan dan kepercayaan yang diberikan selama ini akhirnya dibalas dengan pengkhianatan yang langsung tidak dijangka.

“Saya tak faham kenapa kebaikan kita dipijak-pijak macam ini. Kita tolong dengan ikhlas, tapi balasan macam ni pula yang kita dapat,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar sistem perundangan di negara ini lebih memahami realiti perniagaan kecil-kecilan dan tidak terlalu membebankan usahawan yang hanya mahu membantu keluarga.

“Saya harap pihak berwajib faham keadaan kami yang jalankan bisnes keluarga. Kalau semua perlu ikut prosedur rasmi macam syarikat besar, susah juga kami nak bantu ahli keluarga.

“Saya percaya Tuhan nampak niat baik kita. Moga ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini dan jadi pengajaran untuk saya lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

网红Reiiko陈舒颐苦尽甘来!获颁亚洲网红大奖

网红Reiiko陈舒颐经营社交平台六年,苦尽甘来获颁「亚洲网红大奖」备受肯定!

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

MYTEEN Announces Sudden Disbandment

Shocking! Wig! Disintegrated! What?!

Events Fri, 1 Nov 2019

Debaran Makin Terasa, Jangan Lupa Tonton ASK 2019 Malam Ini!

Jangan lupa ‘melekat’ di depan kaca televisyen menyaksikan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 yang bersiaran di Tv3 bermula jam 9 malam ini. Tengok jangan tak tengok ok! 

Featured Mon, 21 Mar 2022

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ begitulah konsep pada lagu DSV ini. Apabila dah dengar ternyata ramai yang mengalir air mata. Menurut DSV juga, lagu Ku Ikhlaskan adalah salah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Tahfiz di Perak. Alhamdulillah 🤩

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Fri, 24 Oct 2025
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

Pelakon Que Haidar tampil menjelaskan pandangannya berhubung soal jodoh dan kehidupannya sekali gus menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

error: Content is protected !!