Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2024 @ 7:30pm

Pertama Kali Bergelar Juara, Shiha Zikir Umum Enggan Sertai Pertandingan Realiti Lagi – “Famili Duo Adalah Penutup Yang Sangat Baik Untuk Saya…”

Pelakon dan penyanyi, Shiha Zikir menganggap gelaran juara bagi program Famili Duo musim keempat (FD4) sebagai satu momen manis yang amat berharga selepas membuat keputusan untuk enggan menyertai mana-mana pertandingan realiti lagi.

Ketika ditemui XTRA, Shiha berkata keputusan tersebut dilakukan sebelum menyertai program FD4, sekali gus tidak menyangka berjaya merangkul Juara selepas lapan minggu berhempas pulas bertanding bersama kakaknya, Ieda Zikir.

“Saya tak pernah merasa pegang trofi dan bergelar juara, ini adalah pertama kali. Ya Allah, satu penutup yang sangat baik untuk saya.

“Saya tak tahu dalam masa 10 tahun nanti macam mana tetapi ini adalah adalah pertandingan realiti terakhir untuk saya sebab saya rasa saya dah banyak tonjolkan apa yang saya boleh lakukan.

“Kemenangan ini rasa macam mimpi. Alhamdulillah, mak dapat tengok saya merasa menjadi juara,” katanya.

Mengakui keputusan tersebut adalah satu pengorbanan, Shiha bagaimanapun berkata dia masih tetap komited dan aktif dalam menghasilkan lagu, selain turut menguruskan bintang-bintang baharu di bawah syarikat produksinya sendiri, Shiha Zikir Empire.

“Kerjaya seni saya masih jalan macam biasa. Ada banyak single yang saya akan keluarkan. Sebenarnya sekarang saya lebih kepada belakang tabir, cipta lirik dan lagu, serta banyak direct untuk Muzik Video (MV) artis lain, dan ramai juga yang di bawah produksi saya.

“Saya berani untuk mengambil tindakan itu adalah untuk menstabilkan kerjaya sebab saya rasa kalau nak buat sesuatu perkara, kita tak boleh terus buat semua,” katanya.

Membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, pelantun lagu Kalam itu menyatakan hasratnya untuk berkongsi rezeki bersama Ieda, serta ahli keluarga lain.

“Sejujurnya saya tak fikir lagi sebab tak terlintas akan menang. Tetapi, apa yang paling penting semestinya selain daripada mak, saya nak berikan kepada kakak untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, program FD4 melabuhkan tirainya dengan kemenangan pasangab duo adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir diumumkan sebagai juara.

Menerapkan elemen futuristik dalam persembahan pertama bertemakan duet/berkumpulan, Shiha dan Ieda memukau juri dengan ‘permainan’ enam LED laser menerusi lagu Doktor Cinta (Dewi).

Manakala, bagi persembahan kedua yang bertemakan bebas, pasangan duo ini mendapat markah ‘perfect 10’ dan ‘standing ovation’ setelah berjaya menyentuh emosi kedua-dua juri, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu menerusi lagu pilihan mereka, Mentera Semerah Padi (Datuk M Nasir).

Artikel Berkaitan: Famili Duo 4: Persembahan Energetik & Sentuh Jiwa, Shiha Zikir & Ieda Zikir Dinobatkan Juara, Bawa Pulang RM100,000!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Fri, 18 Oct 2024

“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

Wahhh, bestnyaaaa. Murah rezeki Shuib tambah nafkah isteri

Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

Featured Tue, 5 Sep 2023
#tilljannah Sat, 12 Nov 2022

“Kami Tak Mahu Menghebahkan” – Rupanya Najwa Latif & Suami Sudah Bertunang Jun Lalu

Pasti ramai yang masih terkejut akan berita penyanyi Najwa Latif yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Akwa Ariffin, semalam. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube, Aidil Dbahri atau aidilsk8, Najwa […]

Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024

“Bila Masa Saya Kata Marissa Kena Buatan Orang?” – Abby Abadi

Ishh ishh siapalah yang sebar fitnah tak betul tu ha

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya. Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik. “Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang […]

error: Content is protected !!