Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi May 17, 2024 @ 2:51pm

#BabyXTRA: Karakter Anak Peramah & Suka Tegur Orang Ikut Perangai Ayah, Si Ibu Pula Pemalu… Ernie Zakri Mahu ‘Bonding’ Khawla & Syamel Kuat

Pasangan selebriti, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel sering menjadi tumpuan ramai di media sosial, lebih-lebih lagi kecomelan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang sentiasa mencuit hati ramai.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, penyanyi bersuara lunak ini berkongsi bibit-bibit manis bersama Khawla serta karakter anaknya yang digambarkan sebagai seorang periang itu.

Khawla Seorang Yang Ramah, Ikut Syamel!

“Karakter Khawla sangat warm to people, sangat suka dan happy bila berjumpa orang.

“Saya bukan tak pandai berborak, cuma pemalu.

“Dia sendiri akan pergi dekat semua orang dan tegur, hulur tangan nak salam. Sikap dia yang mesra alam ni ikut ayah dia. Suka berborak.

“Tapi dalam masa yang sama saya akan pastikan dia tahu tak semua orang yang kita tak kenal boleh salam, bimbang bakteria.

Ernie Zakri

Khawla Manja Dengan Syamel

“Khawla sangat manja, suka merajuk dengan ayah dia. Mungkin sebab dia tengok saya. Yela, kadang-kadang kita suka berlakon dengan suami merajuk, jadi dia tengok dan ikut.

“Apa pun, saya nak dia rapat dengan Syamel, sebab saya tahu kita anak perempuan ni dengan ayah ada special bond. Jadi saya tak nak Syamel dan Khawla ada boundaries, bila dia besar nanti boleh cerita apa-apa.

Ernie Zakri

Mengandung Lagi? Ernie Tunggu Khawla Besar

“Ramai juga yang merasakan saya dah mengandung. Belum lagi. Saya sebenarnya nak tunggu Khawla besar sikit lagi bila dia dah boleh memahami baru saya akan mengandung.

“Sekarang ni dia masih sedang memahami jadual ibunya yang bekerja. Brain dia tengah process a lot of things. Saya nak dia cukup dapat kasih sayang kami berdua,”

Ernie Zakri

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, 22 Februari 2022.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Apa Salah Anak Saya?”  – Kesal Anak Terima Komen Negatif, Ernie Zakri Hadkan Kongsi Perkembangan Khawla Soleha Di Media Sosial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Jan 2022

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM? Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022! Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa […]

Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Featured Mon, 9 May 2022

“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Lahhh, macam tu pula.. Keluarga mereka ni lah patut dicontohi, tak pernah bermasam muka..

Trending Tue, 5 Jan 2021

Pengasas Alibaba, Jack Ma Dilaporkan Hilang

Kenapa tiba tiba Jack Ma menghilang?

Featured Thu, 12 Jan 2023

Peminat Nyanyi Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah Bersama Baby Shima, Netizen Komen: “Lagi Sedap Dari Suara…”

Tular sebuah video penyanyi kontroversi, Baby Shima berduet bersama peminatnya di salah satu festival hiburan baru-baru ini. @hanybae4 Membalas kepada @âšĄïž ♬ bunyi asal – Ù‡Ű§Ù†ÙŠ Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @hanybae4 di laman TikTok, […]

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Rakan Duet Sebenar Tarik Diri” – Bongkar Konflik Lagu ‘Yaa Hari Raya’, Ayda Jebat Bersyukur Hazama Setuju Saat Akhir

Ayda mengambil langkah berani dengan menghubungi rakan seperjuangan, penyanyi Hazama secara spontan

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim
 Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

error: Content is protected !!