Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 3, 2024 @ 5:29pm

[VIDEO] “Apa Salah Anak Saya?”  – Kesal Anak Terima Komen Negatif, Ernie Zakri Hadkan Kongsi Perkembangan Khawla Soleha Di Media Sosial

Penyanyi, Ernie Zakri mengambil pendekatan untuk mengehadkan perkongsian mengenai puteri tercinta, Nur Khawla Soleha di media sosial selepas menerima komen negatif daripada segelintir netizen.

Menganggap perkara tersebut normal dan sudah menjadi asam garam sebagai selebriti yang sering jadi perhatian, Ernie bagaimanapun berlapang dada menerima komen yang mengkritik wajah anaknya itu.

“Kadang kadang post video Khawla gelak, merajuk pun ada orang yang kata ‘dia (Khawla) bukan comel sangat pun.. Saya pun tak tahu apa kesalahan anak saya terhadap anda.

“Tapi benda ni perkara biasa kena lalui sebagai selebriti, kita sendiri yang memilih untuk kongsi perkembangan anak di media sosial jadi kena tanggung risiko.

“Jadi, saya dan Syamel letakkan sedikit had untuk tidak selalu berkongsi mengenai Khawla. Pada akhirnya, orang boleh cakap apa sahaja, namun kita yang menjalani kehidupan sendiri,” ujarnya.

Ernie Zakri

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Ernie Zakri X Ayuman sempena Hari Raya di Sogo, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Disoal sekirnya pihaknya ada membalas komen negatif itu, Ernie berkata ada satu tahap dia tidak dapat menahan rasa marah dan membidas individu melakukan perbuatan yang dianggap tidak normal.

“Ada satu masa saya jadi defensive, saya balas ‘apa salah anak saya dekat awak ni’, tapi bila fikir balik kelakarnya.

“Saya pun tak kenal orang kat media soial tu seperti apa, mungkin mereka tak ada kerja.. Kalau org normal kita tak akan komen mengutuk anak orang lain,” luahnya.

Ernie Zakri

Sementara itu, Ernie turut menjelaskan dia tidak mahu menjadi seorang ibu yang terlalu mengongkong tumbesaran anaknya.

“Ada masa mood saya baik, saya kongsi banyak video tentang anak saya di media sosial. Saya bukan jenis mak yang mengongkong anak..

“Khawla sedang menjalani kehidupan sebagai anak kecil dan bila keluar pun ada peminat yang menegur dia.

“Saya juga nak dia faham ibu dan bapanya adalah penyanyi, kena faham situasi.

“Kalau saya terlampau sorokkan dia, nanti bila keluar takut dia sendiri yang pelik..

“Pengenalan perkara ini di usia awal itu penting, tapi dalam masa sama pengawalan itu perlu juga.

“Saya tak boleh elak orang nakc cakap apa tentang perkahwinan saya dan anak saya, tapi bila orang dah cakap buruk pasal anak tu jadi lebih baik saya hadkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Thank You For Being My Rock, My partner & My Best Friend” – Genap 3 Tahun Berkahwin, Ernie Zakri Titip Ucapan Manis Buat Syamel Sempena Anniversary

Artikel Berkaitan: Syamel Pening Pujuk Khawla Merajuk, Ernie Zakri Dedah Punca – “Saya Yang Tengah Drama Pagi Tu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Mon, 21 May 2018

‘Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka’

Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

Trending Thu, 3 May 2018

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Trending Wed, 13 Jun 2018

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Siti Nordiana – Khai Bahar Bakal Bersatu Tahun Depan?

Segalanya masih dalam perancangan awal. Insya Allah jika segalanya berjalan lancar, Nana akan umumkan kepada pihak media dan peminat.

error: Content is protected !!