Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 21, 2018 @ 7:52am

‘Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka’

Isteri bekas perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menyimpan dendam terhadap individu yang berpaling tadah dan menyalahkan suami selepas kekalahan BN dalam PRU14, lalu.

Kata beliau dalam wawancara bersama akhbar Malay Mail kelmarin, beliau berharap segala masalah yang sedang melanda keluarganya dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Ia adalah perkara biasa dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu,” katanya.

Fokus beliau buat masa ini hanya mahu melindungi diri dan keluarganya dan yakin kehidupannya akan kembali normal secepat mungkin.

“Buat masa ini, kami hadapi apa jua yang berlaku dengan baik. Berada dalam keluarga politik, kami sudah biasa dengan keadaan ini.

“Ini adalah salah satu kesukaran dan bahaya dalam politik yang harus kami tempuh,” katanya.

Sepanjang sesi wawancara itu, Rosmah ditemani peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan M Puravalen, serta beberapa kenalan rapatnya.

Dalam wawancara itu juga, Rosmah berkata, kini beliau lebih bebas melakukan apa saja, termasuk tidur lebih lena.

“Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

“Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,” katanya.

Namun, Rosmah berharap, siasatan dan pemeriksaan polis di rumahnya dapat berakhir dengan cepat, kerana beliau dan keluarganya mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Selain itu, beliau juga meminta polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warga negara Malaysia.

“Saya boleh terima semua serbuan dilakukan hingga awal subuh. Saya faham keadaan itu.

“Saya percaya, seseorang itu tidak bersalah selagi tiada bukti dia bersalah. Oleh itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan Najib kerana kekalahan PRU14 dengan mengatakan mereka tidak berani menyuarakan pendapat kerana takut akan tindakan balas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jul 2023
Trending Wed, 1 Jul 2020
Trending Tue, 13 Jul 2021
Trending Tue, 27 Apr 2021
Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Wanita Sekuat Mana Pun Akan Lembut Bila Dilayan Dengan Kasih Sayang” – Fazura

Menurut Fazura lagi, wanita walau sekuat mana sekalipun akan menghargai lelaki yang memiliki sifat tenang, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

Featured Mon, 19 May 2025
error: Content is protected !!