Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 20, 2025 @ 8:17pm

Edisi Ketiga Kids & Teens Pageant Global (KTPG) Berlangsung Sukses, Arshela Abdullah Wakili Malaysia ke Miss Icon International 2025

Edisi ketiga Kids & Teens Pageant Global (KTPG) 2025 telah berlangsung dengan penuh sukses di ibu kota selama enam hari berturut-turut, baru-baru ini.

Acara itu menghimpunkan bakat kanak-kanak dan remaja dari seluruh dunia dan menyediakan platform kepada peserta untuk memperlihatkan keyakinan, kreativiti serta bakat mereka di pentas antarabangsa.

Antara detik yang paling dinantikan adalah Grand Final KTPG 2025 yang berlangsung dengan gemilang pada 8 Februari 2025 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur.

Malam penuh glamor ini akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada artis naungan Alternate Records and Talents, Daus Eli yang baru sahaja melancarkan single terbarunya bertajuk Terukir.

Selain itu, acara ini turut menjadi saksi kepada perjalanan Arshela Abdullah yang sebelum ini dinobatkan sebagai 1st Runner-Up Miss Global Asian 2025, ke pentas lebih besar apabila diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Miss Icon International 2025 yang bakal berlangsung di Kemboja pada Mei tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada acara Grand Final, satu sesi istimewa “Crowning Moment” diadakan bagi meraikan pencapaiannya serta menguar-uarkan langkah seterusnya dalam membawa nama Malaysia ke peringkat global.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arshela Abdullah (@arshelaabdullah)

Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, Arshela meluahkan rasa syukur dan keterujaannya atas peluang besar ini.

“Saya amat berbesar hati mewakili Malaysia ke Miss Icon International 2025. Ini adalah peluang untuk saya menunjukkan bahawa bakat Malaysia boleh bersaing di peringkat global.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KTPG kerana menyediakan platform untuk mengasah keyakinan saya dan memberi peluang untuk berkongsi cerita saya dengan dunia,” katanya.

Pengarah program, Leo Raynold, turut menekankan kepentingan acara seperti KTPG dalam membentuk bakat muda serta memberi mereka peluang untuk berkembang di pentas antarabangsa.

“Kehadiran Daus Eli dan Arshela Abdullah dalam acara ini adalah bukti bahawa KTPG bukan sekadar pertandingan kecantikan, tetapi juga platform untuk memperkukuh hubungan antara seni dan bakat muda.

“Kami percaya bahawa setiap bakat, sama ada di pentas nyanyian atau pertandingan, mampu mencipta impak positif kepada masyarakat,” jelasnya.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti menarik dijalankan bagi memperkayakan pengalaman peserta. Antaranya termasuk lawatan bandar yang memperkenalkan mereka kepada keindahan budaya dan lokasi ikonik Kuala Lumpur, persembahan bakat, di mana peserta dapat menonjolkan kreativiti mereka, serta pertunjukan kostum nasional dan pakaian rasmi, yang mempamerkan keunikan budaya setiap negara yang mengambil bahagian.

Selain itu, para peserta juga dinilai melalui sesi penjurian profesional sebelum menuju ke Grand Final, yang merangkumi tiga segmen utama iaitu Pakaian Tajaan, Pakaian Sukan dan Pakaian Malam.

KTPG 2025 dibuka kepada lima kategori utama iaitu Mini Miss Global (4-9 tahun), Little Miss Global (10-12 tahun), Miss Pre-Teen Global (13-15 tahun), Little Mister Global (4-12 tahun) dan Mister Teen Global (13-17 tahun).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusri Ibrahim (@abgyusstudio)

Dengan skala penganjuran yang semakin berkembang, acara ini terus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat generasi muda dan memberikan mereka ruang untuk bersinar di pentas dunia.

Pemilihan Arshela Abdullah sebagai wakil Malaysia ke Miss Icon International 2025 membuktikan bahawa KTPG bukan sekadar pertandingan biasa, tetapi sebuah perjalanan yang mampu membuka peluang besar kepada para peserta. Kejayaan ini diharap akan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk berani mengejar impian mereka dan membawa nama negara ke persada antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Events Fri, 28 Feb 2025

Raut Wajah Kelihatan Sugul, Ibu Allahyaham Zulfarhan Terkilan – “Kami Tahu Arwah Tak Salah”

“Jika mereka (tertuduh) datang minta maaf, saya sedia maafkan tapi…” – Ibu Zulfarhan

Featured Tue, 5 May 2026

Kes Nubhan & Dr Fie: Tidak Wujud Unsur Balas Dendam, Peguam Dakwa 3 Pelanggaran Perintah Berlaku

Prosiding pertama melibatkan dakwaan pelanggaran perintah antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Fie disambung pada 10 Ogos depan. Menurut Peguam Syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, tarikh itu ditetapkan mahkamah bagi membolehkan pihak […]

Featured Wed, 17 May 2023

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Wahh mesti lagi ramai bakat-bakat hebat yang akan bersinar dengan EMI Music Malaysia!

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

“Bukan Saya!” – Issey Fazlisham

Bila netizen main hentam je…

Trending Fri, 8 May 2020

Perlu Dapat Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri Selepas 10 Mei

Terbaru buat mereka yang ingin merentasi negeri..

Featured Wed, 15 Nov 2023

Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Sampai macam tu netizen back up Shakilla👋👋👋

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Nazim Othman Atau Nazimah?

Apa cerita pulak ni…

Trending Thu, 19 Aug 2021

Banjir Yan: 3 Lelaki Maut, 3 Lagi Mangsa Masih Hilang

Tiga mangsa ditemukan meninggal dunia di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, Kedah yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat […]

error: Content is protected !!