Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 17, 2023 @ 7:29pm

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Syarikat rakaman EMI Music Malaysia (EMI) dilancarkan semula bagi mengembalikan semula kegemilangannya dengan pendekatan yang lebih segar.

Menurut Ketua EMI yang baru, Adib Hamdi, 30, meluahkan rasa teruja apabila ditawarkan peluang itu daripada Universal Music Malaysia.

Selain itu, Adib yang memulakan tugas sejak November tahun lalu telah terlibat dalam industri tempatan sejak tujuh tahun antaranya bersama World Peace Entertainment dan XO House.

“Rugi kalau saya tak menceburi dalam bidang korporat. Saya percaya dengan EMI, corak fikiran tempatan yang bagus, bajet yang lebih, saya boleh. Saya ada berborak mengenai ini dengan rakan industri seperti Ezra Kong dan Mike Chan.

“Kalau nak platform, sayalah yang kena usaha. Saya yang kena layakkan diri berbekalkan kemampuan saya ada,” katanya semasa ditemui semasa majlis pelancaran semula EMI di Hotel Grant Hyatt Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, dia memilih untuk mengendalikan operasi EMI mengikut trend pasaran serta jualan muzik, promosi artis, selain corak kandungan media diterbitkan.

“Saya kena buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh galas tugas ini. Selagi saya ikhlas membimbing keseluruhan pasukan, semuanya pasti baik-baik saja. Kedengaran mudah tapi sangat-sangat sukar.

“Kami kena adaptasi banyak perkara kerana kehadiran TikTok besar pengaruhnya terhadap keseluruhan pasaran (muzik). Saya betul-betul fikir siapa yang patut dan layak jadi muka depan untuk EMI baharu ini,” jelasnya.

Adib juga turut berkongsi strateginya untuk membina nama daripada platform yang paling kukuh dan mengakui lebih selesa mengetengahkan bakat baharu.

“Dulu guna YouTube tapi zaman ni kita harus akui TikTok adalah yang terkuat. Melihat ke hadapan, kami akan terus bekerja rapat dengan rakan kerjasama, manfaatkan apa yang kami ada menerusi platform mereka.

“Saya suka melentur artis-artis baharu kerana energy mereka berbeza. Pada masa sama, saya sentiasa terbuka kerana saya berasakan menyertai label gah ini, keterbukaan itu perlu.

“Semakin banyak lagu baharu akan dilancarkan pada masa hadapan. Walaupun bermula pada November (tahun lalu) dan sekarang sudah Mei, kami sudah lancarkan dua lagu sebelum Aidilfitri lalu,” ujarnya.

Semasa sidang media diadakan, dua artis baharu EMI turut diperkenalkan iaitu Irfan Haris dan Ezra Kairo.

EMI ditubuhkan pada 1966 dan pernah dinaungi artis-artis legenda antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk Sharifah Aini.

Selain itu, Ella, KRU, Too Phat, Rahmat, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Cromok, Loong Piao Piao, Zhang Zhe, Farra, Krisya, Korie, Mac Ruhayu, and Nurrade.

Operasi EMI Malaysia dihentikan sebagai syarikat tunggal pada September 2008 namun pada 2014, EMI kembali dijenamakan dan menyertai Universal Music Group.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Johan As’ari Kagum Dengan Keberaniaan Ellie Suriati

Selepas video Ellie Suriati melaungkan ‘Hidup Melayu’ tular di laman sosial, Johan memuatnaik gambarnya bersama pelakon wanita itu dengan caption, ‘Saya kagum dengan semangat beliau,’

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Tue, 19 Aug 2025

Wajah Bengkak Dikritik, Sajat Tampil Respons – “Saya Buat Bukan Untuk Menunjuk Tapi..”

Pempengaruh media sosial Nur Sajat dikritik selepas berkongsi keadaan terkini wajahnya menerusi hantaran di media sosial.

Featured Wed, 22 Jan 2025
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Trending Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.

error: Content is protected !!