Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 20, 2023 @ 9:55pm

Bandi Amuk Berjaya Khatam Al-Quran Secara Bertalaqqi Selama 3 Tahun

Penyanyi rock Bandi Amuk akhirnya berjaya mengkhatamkan 30 juz al-Quran secara bertalaqqi daripada mengaji iqra sehinggalah khatam.

Perkara itu dikongsi pendakwah bebas, PU Rahmat yang juga merangkap guru mengaji kepada penyanyi berkenaan menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Kagum dengan usaha yang ditunjukkan penyanyi itu, Pu Rahmat berkata, Bandi atau nama penuhnya Nasabandi Jumat, 58, dan seorang lagi anak muridnya berusaha [keras untuk memperbaiki bacaan  termasuklah makhraj dan tajwid sehingga mereka berjaya mengakhatamkan bacaan al-Quran.

” Tahniah diucapkan kepada Encik Bandi Amuk (Nasabandi Bin Jumat) dan Encik Ahmad Norani Sadiron kerana berjaya menghatamkan 30 Juz Al-Quran secara Bertalaqqi daripada Iqra’ sehinggalah khatam Al-Quran.

” Saya kagum dengan usaha mereka tanpa henti selama 3 tahun lebih iaitu dari 2018 sehinga 2022 yang mana sanggup belajar daripada iqra’ kemudian berusaha untuk memperbaiki bacaan, makhraj, tajwid sehingga tahap mereka berjaya menghatamkan bacaan Al-quran mereka secara bertalaqqi.

” Semoga ini permulaan buat mereka berdua dalam mendalami ilmu al-quran dan mengamalkan segala isi kandunganya, Insya-Allah,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah malah tidak kurang juga yang berasa cemburu kerana penyanyi yang popular dengan genre heavy rock metal ini berjaya menghabiskan bacaan al-Quran sebelum mereka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Sep 2021

Status Rayuan BPR Boleh Disemak Bermula Esok -Tengku Zafrul

Korang boleh check akaun masing-masing!

Trending Fri, 29 Nov 2019
Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Trending Mon, 15 Jul 2019

Disney Princesses Spotted Dancing to Twice and It’s Super Cute!

If this is what would happen when you’re both a Disney and a Twice fan, TAKE MY MONEY AND SIGN ME UP!

Featured Thu, 9 Feb 2023

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Amboiiii, jahatnya mulut individu ni 😌 Tak baik tau fitnah Anna macam nii 🤨 Hmm kata peminat

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Trending Thu, 3 Dec 2020
error: Content is protected !!