Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 28, 2023 @ 3:02pm

Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

Pelakon Farid Kamil mendakwa wujud orang ketiga merupakan antara punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle.

Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader menyatakan dakwaan tersebut hanya alasan dimana ia tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

“Semua itu hanya alasan saja. Sebelum ini tidak pernah bangkit pun tapi selepas fail kes (cerai) baru semua benda ini keluar. Tapi biar mahkamah membuat keputusan,” jelasnya.

Pada masa sama, Akberdin mengesahkan Diana sudah memperoleh perintah hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak secara interim daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Jumaat lalu.

“Pihak kami memfailkan hadanah itu pada Khamis dan mahkamah membenarkan permohonan Diana, Jumaat lalu. Namun, tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya,” katanya.

Menerusi prosiding sebelum ini, Farid mendakwa dirinya dihalang untuk masuk ke rumah yang didiami bersama isteri sejak awal bulan ini.

Dalam tempoh sama, difahamkan pelakon utama filem Anwar: The Untold Story ini sudah tidak bertemu anak-anak hampir 23 hari.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai kerana berlaku shiqaq namun, Farid enggan melafazkan cerai.

Disebabkan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.

Kredit foto: Instagram @naimhssn

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 May 2025
Featured Fri, 28 Oct 2022

“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya. Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana. Namun, pelantun lagu Bayang […]

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Mon, 5 Aug 2024
Featured Wed, 11 Oct 2023

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Wah, ramai juga artis yang berjodoh asalnya sekadar jadi peminat je kan😍😍😍

Featured Sat, 27 Feb 2021

Pasangan Saintis Temui Penawar Covid-19 Terima Darjah Kebesaran

Nama pasangan suami isteri saintis Ugur Sahin dan Ozlem Turecis semakin mendapat perhatian ramai. Pasangan itu semakin dikenali kerana menjadi antara individu yang membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi. Susulan sumbangan mereka, Pejabat […]

error: Content is protected !!