Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 16, 2023 @ 9:05pm

Meerqeen & Anna Jobling Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Ke-2 Mula Ditayangkan Hari Ini – “Jika Tak Dapat Sambutan, Kami Okay”

Pelakon Meerqeen dan Anna Jobling tampil menyatakan mereka tidak kisah sekiranya drama rantaian Melur Untuk Firdaus Musim Kedua tidak mendapat sambutan seperti musim lalu.

Menurut Meerqeen, dia telah memeberikan 500 peratus untuk menjayakan drama yang akan menghiasi Slot Akasia bermula pada hari ini di TV3.

“Kalau tak dapat sambutan, saya akan ok sebab musim pertama dulu kita dah letak satu benchmark yang mana standard cerita tu level ni.

Lagipun kita dah berikan 500% dan buat yang terbaik. Lagipun setiap penonton ada pilihan mereka sendiri. Mungkin ada yang suka dan ada yang tak suka. Sekiranya ada yang tidak suka, mana yang kami boleh tukar, kita tukar,” katanya.

Dalam pada itu, Anna turut menyatakan bahawa dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk drama ini seperti musim lalu

“Saya tidak meletakkan sebarang expectation seperti musim lalu. Saya hanya berharap semua enjoy sebab cerita ni seronok dan tidak berat.

“Kita buat semua ini memang untuk mereka yang menyokong kami dari musim pertama,” jelasnya.

Drama arahan Zamri Zakaria ini mengandungi 35 episod bakal menemui penonton bermula malam ini menerusi slot Akasia pukul 7.00 malam.

Manakala, khas untuk bulan Ramadan ini, slot Akasia akan disiarkan setiap hari bermula 20 Mac 2023, dari hari Isnin hingga Ahad, pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh distrimndi Disney+ Hotstar.

Antara selebriti yang menjayakan siri ini ialah Jobling, Azim Yusof, Fimie Don, Haleeda, Hairi Safwan, Taib Zamannuri dan Zainon Ismail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Featured Thu, 18 Nov 2021

Penjawat Awam Negeri Johor Terima Bantuan Khas Sehingga RM1,000 Pada…

Wah, berita gembira buat penjawat awam Johor!

Selebriti Sun, 21 Apr 2024
Trending Fri, 17 May 2019

Anak Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Indonesia

Pasangan ini merancang untuk berkahwin Disember nanti.

Featured Sat, 18 Apr 2026

Irfan Haris Dedah Faktor Kesihatan Punca Amira Othman Tak Nyanyi Rasa & Takdkr – “Dia Tak Cukup Fit”

Irfan Haris memaklumkan punca sebenar ketiadaan kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman pada malam AJL40 SA.

Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

error: Content is protected !!