Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 18, 2026 @ 10:55am

Irfan Haris Dedah Faktor Kesihatan Punca Amira Othman Tak Nyanyi Rasa & Takdkr – “Dia Tak Cukup Fit”

Penyanyi Irfan Haris memaklumkan punca sebenar ketiadaan kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman pada malam separuh akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40 SA) yang berlangsung malam tadi adalah disebabkan faktor kesihatan.

Kata Irfan, dia dimaklumkan mengenai penarikan diri itu pada Jumaat lepas iaitu ketika lagu mereka telahpun diumumkan berjaya mara ke pentas AJL40 SA.

Artikel Berkaitan:Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Bagaimanapun, menganggap kesihatan Amira lebih utama, Irfan terpaksa meneruskan perjuangan mereka menerusi karya ciptaan komposer Syafiq Rashid bersama Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai.

“Kakak saya tak dapat buat atas faktor kesihatan. Dia tak cukup fit buat masa ni. Saya pun tak nak paksa sebab kesihatan paling utama.

“Saya pula tak nak tarik diri sebab sayang, dah 10 tahun saya tak masuk separuh akhir, jadi saya nak teruskan. Kakak saya pun banyak tolong, dia all out tanya kawan-kawan dia untuk cari pengganti.

“Saya baru tahu hari Jumaat lepas. Agak lewat juga. Patutnya masa dah umum tu kita dah lock tarikh, tapi sebab faktor kesihatan tu dia beritahu saya yang dia memang tak boleh,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Umai, Irfan menjelaskan pemilihan tersebut dicadangkan oleh Amira sendiri selepas beberapa nama yang dipetik tidak dapat memenuhi komitmen pada AJL40 SA.

“Ceritanya agak last minute. Kita sebenarnya ada beberapa nama calon untuk gantikan tempat kakak saya, tapi kebanyakannya tidak available. Sampailah hari Ahad, kakak saya sendiri yang cadangkan nama Umai.

“Masa tu, saya pun terfikir, “Kenapa aku tak terfikir pasal Umai?”. Umai punya nyanyian memang bagus. Jadi saya terus lock sebab saya percaya dengan bakat Umai dan untuk makluman kami sebenarnya baru berlatih semalam (Khamis).

“Kami cuba buat yang terbaik. Walaupun ada kekangan masa nak bina chemistry, tapi kerjasama dengan Umai ni senang. Masing-masing beri kepercayaan, jadi benda tu jadi chill dan berjalan lancar,” jelasnya.

Irfan berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sidang media hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie Shah Alam pada Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Menganggap ia seperti mimpi, Umai atau nama lengkapnya, Ummi Umairah Saiful Anuar mengakui dia berasa terkejut apabila pelawan itu diterimanya menerusi mesej langsung (DM) daripada Amira sendiri.

“Masa tu saya baru balik sekolah sebenarnya tiba-tiba tengok telefon, Kak Amira ada hantar DM (Direct Message). Dia tanya, “Assalamualaikum adik, boleh ke tolong akak nyanyi?” Masa tu saya rasa macam bermimpi.

“Saya terus beritahu ibu Rozi dan kami terus kosongkan jadual sekolah saya. Alhamdulillah, saya sangat terkejut dan rasa bersyukur sebab Kak Amira dan Irfan percaya dekat saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Umai menyifatkan meskipun tawaran ini diterima pada saat akhir, namun ini adalah peluang berharga untuknya beraksi di pentas berskala besar.

“Alhamdulillah rezeki saya. Terima kasih Kak Amira dan Irfan sebab percaya dekat saya walaupun saya masih awal lagi untuk masuk ke peringkat macam ni,” ujarnya.

Sekadar info, hari pertama saingan menyaksikan barisan lagu popular seperti Hijab Rindu (Black Hanifah), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).

Saingan bakal diteruskan pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid),  Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie) sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.

Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Puteri Sarah turut menasihatkan Dr. Fie agar tidak terburu-buru serta tidak mendedahkan sebarang perancangan kepada pihak lawan

Featured Thu, 12 Jun 2025
Trending Mon, 20 Aug 2018
Trending Mon, 4 Jun 2018

Kerana Menyanyikan Lagu Raya, Wartawan TV3 Ini Dikritik

Baru-baru ini viral di media sosial apabila wartawan TV3, Amirulhakim Lokman menyanyikan lagu raya semasa membuat standupper semasa lintas langsung dalam salah satu berita yang disiarkan di TV3

Trending Mon, 21 Oct 2019

Leka Main Pokemon Go, Wanita Maut Ditembak

Tak Sedar Terperangkap Dalam Rompakan

error: Content is protected !!