Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2025 @ 12:50pm

“Semua Kerja Allah, Orang Baik Untuk Pasangan Yang Baik” – Irfan Haris Luah Rasa Gembira, Puji Fattah Amin Lelaki Terbaik

Sebaik sahaja pengumuman rasmi mengenai perkahwinan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman diuar-uarkan kepada khalayak, penyanyi yang juga adik kepada Amira, Irfan Haris meluahkan perasaan syukur dan gembiranya di atas perkahbaran gembira tersebut.

Kata Irfan, dia gembira dengan perkahwinan kakaknya itu sekali gus menyifatkan Fattah seorang yang baik.

“Alhamdulillah. Saya gembira. Abang Long sangat baik. Jodoh yang Allah tentukan.

“Semua kerja Allah. Orang baik untuk pasangan yang baik,” katanya.

Irfan berkongsi perkara itu selepas diajukan soalan oleh juru gambar, Aqo Imran usai majlis pelancaran lagu terbaharunya bersama Amira berjudul Rasa & Takdir yang di adakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Bagaimanapun, Aqo kelihatan sempat berseloroh apabila bertanyakan mengenai giliran Irfan Haris pula untuk mendirikan rumah tangga.

“Eh, saya lambat lagi… Lagipun saya tak boleh langkah bendul,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Professional Photographer (@aqoimran)

Untuk info, detik istimewa ini boleh disaksikan seluruh peminat menerusi siaran langsung pada Ahad, 14 September 2025, jam 8.00 malam, menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi (Saluran 118).

 

Sumber: Instagram Aqo Imran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Kangin Officially Quits Super Junior After 14 Years

Breaking news! Another idol from a legendary K-pop group calls it quit!

Featured Thu, 5 Mar 2026

“Bab Resepi Pun Boleh Gaduh, Makanan Ni Seni Tak Ada Betul Atau Salah” – Zara Zya

Kata Zara, keenakan masakan seseorang adalah subjektif. Ini kerana ia boleh berubah mengikut tempat dan selera.

Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Sun, 12 Nov 2023

Anggun Mengenakan Busana Merah Hati, Rossa Sera Akhirnya Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah! Moga pilihan hati kali ini kekal hingga ke syurga❤️❤️

Events Mon, 20 Jan 2025

Anak Muda Malaysia Terajui Perubahan Dengan Kisah Inspirasi & Pandangan Berpengaruh Di YouthSAYS

YouthSAYS mengajak anak muda Malaysia berkongsi pandangan mereka.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Ehem… siapa agaknya jejaka bertuah tu kan?

error: Content is protected !!