Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2026 @ 1:58pm

“Bab Resepi Pun Boleh Gaduh, Makanan Ni Seni Tak Ada Betul Atau Salah” – Zara Zya

Pelakon Zara Zya tampil meluahkan pendapat peribadinya berhubung kekecohan di media sosial sejak kebelakangan ini melibatkan kritikan terhadap resipi masakan yang dikongsikan oleh seorang personaliti media sosial.

Kata Zara, keenakan masakan seseorang adalah subjektif. Ini kerana ia boleh berubah mengikut tempat dan selera.

“Bab resepi pun boleh gaduh. Tak cukup bahan lah, tak ikut cara asal lah. Sejak bila masakan ada satu versi je yang betul?

“Bila sampai negara lain, bahan pun berubah ikut tempat. Masuk rumah kita, berubah ikut selera kita pula. Sambal pun, lain rumah lain rasa. Gulai pun lain tangan lain cerita,” katanya.

Menganggap masakan adalah seni, pelakon drama popular TV3, Risik Pada Hati ini menegaskan, citarasa setiap manusia adalah berbeza dan tindakan mengkritik atau mengecam gara-gara resipi yang digunakan tidak sama seperti kebiasaannya sepatutnya tidak berlaku.

Sekali gus berharap orang ramai boleh meraikan dan belajar bersama-sama.

“Masakan ni seni. Seni tak ada betul atau salah.. yang ada cuma citarasa. Kalau tak kena dengan tekak kita, tak perlu kecam. Raikan saja. Belajar saja. Cuba saja. Dok gitu?,” katanya lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 May 2023
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi. @izzatramlii #ustazahasmaharun #pru15 #fyp #dakwah_islam #mengundi #foryou ♬ Orange 7 – Anime Quotes Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh […]

Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

被誉为「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

Hiburan Fri, 14 Feb 2020

[VIRAL] Isteri Allahyarham Abam Banyak Diamkan Diri, Ibu Pula Sukar Tidur Malam

Moga Allahyarham beroleh keampunan Allah s.w.t dan ditempatkan bersama para solehin. Amiinn.

error: Content is protected !!