Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 20, 2025 @ 2:06pm

Anak Muda Malaysia Terajui Perubahan Dengan Kisah Inspirasi & Pandangan Berpengaruh Di YouthSAYS

YouthSAYS, platform utama yang dikendalikan oleh golongan muda Malaysia kini mengajak penulis, pencerita, dan pemimpin pemikiran dari kalangan anak muda untuk menghantar artikel dan menyuarakan pandangan mereka.

Dengan misi untuk memperkasakan suara golongan muda dan mengukuhkan perspektif mereka, YouthSAYS menyediakan ruang yang unik untuk para penyumbang berkongsi idea, memulakan perbincangan , dan memberikan inspirasi bagi setiap perubahan.

Sejak penubuhannya pada 2024, YouthSAYS telah menjadi tempat utama bagi anak muda untuk menyampaikan pandangan mereka, menampilkan artikel-artikel yang ditulis oleh pelajar dari seluruh Malaysia.

Malah, penulis muda ini turut membincangkan pelbagai topik menarik tidak kiralah dari pembangunan diri sehingga isu sosial dan juga perkara ringan seperti tip penjagaan kucing.

Ini sekali gus, menunjukkan bahawa anak muda masa kini lebih peka dan mempunyai wawasan yang lebih luas daripada sebelumnya.

 

Tonjol Suara Anak Muda

Antara penyumbang yang mencuri perhatian ialah, Nur Ramizah Safwah, dengan artikel beraninya, “Saya Rasa Pendidikan Seks Perlu Diajar di Sekolah Malaysia. Ini Sebabnya”, telah mencetuskan perbincangan besar mengenai topik yang sering dianggap sensitif.

Artikel ini mengupas cabaran dan salah faham mengenai pendidikan seks di Malaysia serta menyokong pengenalan pendidikan seks dalam kurikulum sekolah dengan pendekatan yang bersesuaian mengikut peringkat umur.

Nur Ramizah mengetengahkan isu-isu penting seperti kurangnya latihan yang memadai untuk guru, penyebaran maklumat salah di kalangan anak muda, dan halangan budaya yang menghalang kemajuan.

Pendekatannya yang berasaskan penyelidikan dan seimbang menarik perhatian pembaca, apatah lagi ia menekankan kepentingan memberikan maklumat yang tepat kepada anak muda Malaysia untuk gaya hidup yang lebih sihat serta mengurangkan kesalahan seksual.

Sumbangan Nur Ramizah menonjolkan betapa kuatnya kuasa penceritaan yang dimiliki oleh golongan muda dalam menangani isu-isu masyarakat  sekali gus mencetuskan perubahan yang bermakna.

Di samping itu, Pearlyn Tee turut berkongsi artikel yang penuh emosi bertajuk “Jalan Saya Menuju Pertumbuhan Dan Ketahanan Diri Ketika Beralih Dari Sekolah Ke Universiti”, yang mengisahkan pengalamannya mengharungi salah satu perubahan hidup yang besar.

Pearlyn meneroka perubahan emosi yang berlaku ketika beralih dari persekitaran sekolah yang teratur kepada kehidupan bebas di universiti.

Berdasarkan pengalamannya di Heriot-Watt University Malaysia, beliau membincangkan cabaran yang dihadapi pada awalnya, tekanan untuk berjaya, dan pentingnya membina ketahanan diri.

Artikel ini turut memberikan strategi praktikal seperti menetapkan matlamat yang boleh dicapai, mengamalkan penjagaan diri, dan merayakan kepelbagaian.

Mengapa Anda Perlu Menghantar Artikel Ke YouthSAYS?

  • Suara Anda Didengari: Sampaikan idea anda kepada jutaan individu yang mempunyai pemikiran yang serupa dan ingin terlibat dengan perspektif baru.
  • Bina Jenama Anda: Tunjukkan kemahiran menulis anda dan bangunkan diri anda sebagai pemimpin pemikiran dalam bidang yang anda minati.
  • Bentuk Naratif: Sertailah gerakan yang menonjolkan idea dan kisah yang akan membentuk masa depan Malaysia.

“Kami mewujudkan YouthSAYS untuk memberi anak muda peluang berkongsi pemikiran dan pengalaman mereka. Perspektif mereka sangat penting, dan mereka sudah memberi impak yang besar pada hari ini. Kami amat teruja untuk melihat apa yang mereka ingin sampaikan, dan kami berbangga menyediakan ruang yang selamat dan terbuka untuk mereka berbuat demikian,” kata Laila Zain, Ketua Rangkaian Bahasa Inggeris di REV Media Group.

“Sepanjang tahun lalu, saya sangat teruja membaca artikel sumbangan mereka, dan kami tidak sabar untuk mendengar lebih banyak lagi daripada anak muda yang ingin berkongsi suara, cerita, dan pendapat mereka.”

YouthSAYS kini sedang mencari artikel yang autentik dan menarik. Penyumbang digalakkan untuk membawa suara dan idea mereka yang unik, menjadikan platform ini sebagai refleksi sebenar kepelbagaian dan kreativiti generasi muda Malaysia.

Untuk menghantar artikel atau mengetahui lebih lanjut, layari youth.says.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Events Thu, 23 Jan 2020

Reasons Why You Should Go To Sunway Lagoon On This Chinese New Year

Nothing is better than spending a quality time with family and friends on this new year!

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

女神卡卡病情恶化!取消最后10场巡演

女神卡卡(Lady Gaga)因为纤维肌痛症2017年9月无预警宣布暂退歌坛,巡演也都喊卡,希望可以把身体调养到健康的状态,没想到近来她的病情不仅没有好转,而且还恶化了,3日宣布取消欧洲的最后10场巡演,让粉丝都非常担心她的健康状况。

Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Hadiahkan Barangan Peribadi Untuk Peminat, Konsert Wings The Rock Emperor Bakal Gegarkan Pulau Pinang 24 Februari Ini!

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang” – Wings

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Pelakon Dan Penyanyi Popular Ini ‘Terlampau’ Bimbo Di FFM30?

Miss OO harap semuanya berjalan dengan baik tanpa perlu berlaku lagi kecacatan sebegini

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

LIYANA JASMAY TAUKE AYAM?

Tapi apa pula konsep makanan kat sini? Makanan yang berkonsepkan malay-Indo food ini semestinya dapat memenuhi selera rakyat Malaysia.

error: Content is protected !!