Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 26, 2024 @ 2:19pm

Mawar Rashid Pernah Terfikir Untuk Berehat Dari Industri Seni

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia pernah terfikir untuk menghilangkan diri dari dunia seni selepas berhadapan kemelut rumah tangga sebelum ini.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, menjelaskan idea tersebut timbul selepas berlakunya penceraian bersama bekas suaminya Raf Yaakob.

“Jujur saya cakap, saya terfikir nak hilangkan diri dari industri ini. saya perlukan masa untuk diri sendiri dan berehat dari media sosial.

“Sebenarnya banyak faktor mendorong untuk saya berehat. Apa yang saya lalui adalah tentang kehidupan peribadi, jadi saya perlu rehat dan tambah pula dengan tekanan di media sosial.

“Saya bermula daripada seorang public figure, jadi saya dah lalui macam-macam sebab itu saya terfikir untuk berehat. Tetapi itu hanya sekejap sahaja.

“Ketika itu saya hanya perlukan masa untuk saya betul-betul bangkit semula,” katanya.

Mawar ditemui XTRA ketika majlis tayangan trailer serta OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Mawar turut mengakui cabaran yang dilalui dalam fasa hidupnya bukan mudah dan dia masih menyesuaikan diri sebagai seorang ibu tunggal.

Menurut pelakon Tundukkan Playboy Itu, dia mengambil masa enam bulan untuk mendapatkan semula kekuatan diri.

Tambahnya, anak-anak juga menjadi semangat untuk dia bangkit semula dan kembali meneruskan kerjaya dalam dunia seni.

“Berlakon adalah punca rezeki saya dan anak-anak. Saya juga mulakan kerjaya sebagai pelakon, jadi sebab itu saya teruskan dalam bidang seni ini.

“Hampir enam bulan saya lebih fokuskan kepada diri sendiri dan anak-anak. Dan dalam tempoh itu juga, saya banyak buat aktiviti luar dan dekatkan diri dengan alam,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017 dan bercerai pada hujung tahun lepas.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahay mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2 dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia 10 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

Eat Travel Sat, 30 May 2020
Hiburan Mon, 24 Nov 2025
Contest Fri, 18 Oct 2019

Win an HONOR 20 and More by Just Snapping the Most Picturesque #DayNight Shot

Flaunt your creativity with HONOR’s #DayNight Photography Contest.

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Iqbal Zulkefli Pernah Luah Hasrat Nak Mendekati, Tapi Ini Pula Respons Rossa – “Siapa Dia Ya? Rasanya Pernah Berjumpa Sekali, Untuk Bergambar Sahaja…”

Sebelum ini, usahawan kontroversi yang bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, pernah meluahkan hasrat untuk mendekati penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa. Menerusi laporan media pada penghujung November lalu, Iqbal pernah meluahkan hasrat mahu mencuba […]

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Gimik Tak Sama, Janganlah Samakan Kami…

Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main…

Trending Thu, 9 Jan 2020
error: Content is protected !!