Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 31, 2025 @ 10:49am

Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana tampil memberikan nasihat terbuka kepada bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, susulan konflik rumah tangga yang sedang melanda pasangan selebriti itu.

Menerusi ciapan di platform Threads, Puteri Sarah berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya sendiri, khususnya berkaitan tindakan undang-undang dan pengurusan emosi ketika berdepan situasi mencabar.

“Dear Dr. Fie, saya percaya peguam yang mewakili awak sekarang adalah peguam yang pernah mewakili saya dulu, Datuk Akberdin Abdul Kadir. Beliau seorang yang sangat bijak. Duduk berbincang dengannya dan fikir bagaimana untuk bertindak secara berhikmah,” tulisnya.

Puteri Sarah turut menasihatkan Dr. Fie agar tidak terburu-buru serta tidak mendedahkan sebarang perancangan kepada pihak lawan.

“Kawal emosi dan bertindak dengan bijak. Jangan beritahu apa perancangan awak. Tahu-tahu sahaja sudah dilaksanakan dan biarlah ia menjadi satu kejutan. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam hantaran sama, Puteri Sarah mengakui perasaan marah dan kecewa yang dirasai Dr. Fie, namun menegaskan kepentingan merancang setiap langkah dengan teliti.

“Memang sakit hati, saya faham. Tetapi kita perlu bertindak dengan bijak dan merancang dengan cermat,” jelasnya.

Bekas isteri kepada pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof ini turut menyarankan agar Dr. Fie bekerjasama rapat dengan peguam dan berfikir secara strategik dalam menghadapi situasi berkenaan.

“Bekerjasama rapat dengan peguam. Kena fikir di luar kotak dan pertimbangkan banyak kemungkinan. Perlu ada rancangan A, B, C, D dan E. Awak kena tahu siapa lawan awak. Keadaan ini ibarat bermain catur, perlu tahu langkah seterusnya tanpa pihak lawan menyedarinya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dr. Fie mendakwa barangan peribadi miliknya serta anak-anak telah dikeluarkan dan dicampakkan keluar dari kediaman yang didiami tanpa pengetahuannya, sekali gus mencetuskan perhatian ramai.

Untuk rekod, Nubhan, 39, dan Dr. Afifah sah bercerai pada 2 Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga sejak 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Artikel Berkaitan: Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Artikel Berkaitan: Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Amir Hasan Luah Perasaan Dalam ‘Pelangi’

Evolusi Amir Hasan dalam lagu berjudul Pelangi

Featured Sat, 17 Jan 2026

Lawan Lagu Antarabangsa, ‘Juliet’ Akim & The Majistret Tembusi Top 3 iTunes

Akim & The Majistret terus mencipta kejayaan apabila single terbaharu mereka, Juliet berjaya menduduki tangga ketiga carta Malaysia iTunes Top Songs

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Rakan Duet Sebenar Tarik Diri” – Bongkar Konflik Lagu ‘Yaa Hari Raya’, Ayda Jebat Bersyukur Hazama Setuju Saat Akhir

Ayda mengambil langkah berani dengan menghubungi rakan seperjuangan, penyanyi Hazama secara spontan

Trending Sun, 22 Nov 2020

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Darah Tak Berhenti Keluar, Susah Nak Tidur” – Gangguan Misteri Jadi Punca Mawi Pernah ‘Hilang’

Penyanyi dan pengarah, Mawi mendedahkan dia pernah berhadapan dengan penyakit misteri sehingga membuatkan dirinya ‘hilang’ sebentar dari dunia seni. Mengenang kembali kejadian yang berlaku sekitar tahun 2015, Mawi menceritakan yang insiden itu bermula dengan darah […]

error: Content is protected !!