Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 30, 2025 @ 3:49pm

Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Isu membabitkan bekas pasangan selebriti kembali hangat apabila peguam syarie mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengesahkan tindakan sivil bakal diambil terhadap bekas suami anak guamnya, Nubhan, susulan dakwaan pencerobohan kediaman serta pengeluaran barangan tanpa kebenaran.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, tindakan itu dibuat selepas anak guamnya didakwa terkejut apabila dimaklumkan barangan peribadi dari rumah yang didiami bersama anak-anak telah dikeluarkan ketika dia berada di luar negara.

Menurutnya, Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr. Fie itu dijangka bakal membuat laporan polis sebaik pulang ke Malaysia, esok, berhubung insiden berkenaan yang didakwa berlaku tanpa sebarang notis atau perintah mahkamah.

“Anak guam saya akan memfailkan tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi. Walaupun seseorang itu pemilik rumah atau bekas suami, dia tidak boleh bertindak sesuka hati dengan menceroboh kediaman atau mengeluarkan barangan penghuni tanpa kebenaran,” katanya.

Akberdin menegaskan, ketika kejadian berlaku, prosiding tuntutan harta sepencarian antara kedua-dua pihak masih berjalan, justeru bekas isteri dan anak-anak berhak untuk terus menghuni kediaman berkenaan sehingga keputusan mahkamah dibuat.

“Keutamaan sepatutnya diberikan kepada kebajikan anak-anak. Mereka hendak tinggal di mana sekiranya rumah itu dikosongkan secara tiba-tiba? Sepatutnya bekas isteri dan anak-anak dibenarkan terus menetap di situ sementara menunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Mengulas dakwaan pihak terbabit kononnya tindakan itu dilakukan secara berhemah, Akberdin menolak kenyataan tersebut dan menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai jelas melanggar undang-undang.

“Kami boleh mengambil tindakan kerana perbuatan itu didakwa dilakukan tanpa keizinan penghuni dan tanpa perintah mahkamah. Ia bertentangan dengan Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie, mendakwa barangan dari rumah yang didiami bersama anak-anak telah dikeluarkan dan dicampakkan keluar tanpa pengetahuannya.

Artikel Berkaitan: Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Akberdin turut menjelaskan, berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang tidak boleh memasuki atau mengambil alih harta tak alih walaupun dia adalah pemilik berdaftar, selagi tiada perintah mahkamah.

“Undang-undang turut menetapkan bahawa pengusiran secara paksa tidak dibenarkan walaupun penyewa gagal membayar sewa untuk tempoh yang lama. Prinsip sama terpakai dalam kes ini,” katanya.

Sehubungan itu, Akberdin menyifatkan tindakan Nubhan yang didakwa memasuki rumah ketika Dr Afifah berada di luar negara, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci kediaman sebagai satu pelanggaran jelas terhadap undang-undang.

“Walaupun rumah itu atas namanya, dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan barang atau menukar kunci. Semua tindakan perlu dibuat melalui saluran undang-undang dan dengan kebenaran mahkamah,” katanya.

Untuk rekod, Nubhan, 39, dan Dr Afifah sah bercerai pada 2 Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga sejak 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Nov 2021

Kejohanan Pertama Ejen Ali Agents’ Arena Dimenangi oleh Trio Berusia 15 Tahun dari Kedah

Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas. Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen […]

familuv Tue, 1 Nov 2022

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan. Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia […]

Trending Wed, 2 Dec 2020

Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Buat yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0

Featured Tue, 9 Dec 2025

Uqasha Senrose Mengaku ‘First Time’ Join Thread – “Sebelum Ni Semua Orang Lain Buatkan”

Uqasha selama ini kurang mahir mengenai teknologi serta tidak menyentuh akaun peribadinya tanpa bantuan.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Seronok Tengok Cara Amelia Christie Layan Jebat Jayden, Netizen Berseloroh: “Calon Mak Tiri Direstui”

Kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya melayan kerenah anak aktor itu, Jebat Jayden. Menerusi video yang tular di TikTok, Amelia kelihatan sangat lembut dan […]

Events Tue, 28 Apr 2026

Achey Ada Pendapat Tersendiri Acara Pesta Muzik Air – “Akan Lebih Banyak Isu Sosial Melampau Yang Bukan Budaya Kita”

Kata Achey, acara sedemikian mampu mendorong kepada berlakunya lebih banyak isu sosial yang melampau.

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Perjuangan Wanita Lepas Cerai Bukan Dendam Tapi…” – Ibu Dr.Fie Luah Rasa Bangga, Anggap Anak Sebagai Wanita Hebat 

Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.

Featured Tue, 20 Dec 2022
error: Content is protected !!