Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 22, 2020 @ 9:00pm

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB), hari ini dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa seorang artis yang menyertai program Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang telah berlangsung sejak 20 November hingga 21 November telah dijangkiti virus Covid-19 dan beliau kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Penyanyi terbabit yang membuat persembahan pada 20 November telah menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada 17 November 2020 (Selasa) lalu, didapati positif, semalam (21 November).

Artis tersebut terus menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendalikan oleh KKM pada 21 November dan disahkan positif Covid-19 hari ini.

STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga artis terbabit untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam program SFMM35

Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (“SOP”) oleh KKM. Sehubungan itu, STMB mengambil langkah untuk menunda siaran langsung Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang sepatutnya berlangsung pada pukul 9 malam tadi ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan juga pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini. Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19.

Sementara itu, penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada episod pertama SFMM 35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam disahkan positif jangkitan Covid-19.

Membuat hebahan mengenai perkara terbabit di laman Instagram miliknya, Alif terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif Covid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan.

Jumaat lalu, menerusi SFMM35 Alif bersama The Locos membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan dan Alif sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Aug 2024
Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Trending Thu, 13 Jan 2022

Selepas Tular Aksi Penari Gedik Berwajah Persis AC Mizal, Penganjur Pula Kena Kecam… Dituduh Anjur Majlis Maksiat!

Selepas aksi seorang penari lentik berwajah persis pengacara Datuk AC Mizal hangat diperkatakan netizen, penganjur majlis berkenaan juga terkena tempias kecaman wargamaya. Penganjur majlis menerima kritikan netizen kerana mengundang penari yang membuat persembahan tarian yang […]

Trending Tue, 8 May 2018

Berjam-Jam Tidak Boleh Keluarkan Air Mata, Fasha Sandha Ajar Pelakon Baharu Teknik Menangis

Pelakon baharu ini mengambil masa berjam-jam untuk menjiwai watak dengan menangis, tapi bila Fasha Sanda bantu terus boleh menangis!

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 19 May 2025
error: Content is protected !!