Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 21, 2022 @ 2:22pm

Mahu Jaga Maruah & Agama, Syaffiq Sahli Tolak Tawaran Babak Intim – “Saya Masih Lagi Waras!”

Pelakon Syaffiq Sahli memaklumkan bahawa dia menolak tawaran berlakon dalam sebuah filem indie yang memerlukannya untuk melakukan aksi intim.

Dia tidak menyangka yang pihak produksi tersebut tergamak tawarkan babak sedemikian meski mengetahui babak tersebut sensitif kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia dan terkejut kerana tidak diberitahu awal mengenai babak tersebut.

“Saya ditawarkan untuk membawakan watak seorang pegawai imigresen dalam sebuah filem. Difahamkan, ia filem indie dan objektifnya untuk masuk pertandingan di festival luar negara.

“Saya tidak diberitahu awal ada babak cium dalam naskhah itu dan agak terkejut kerana produksi juga sedar bahawa saya berbangsa Melayu dan beragama Islam,” ujarnya.

Memetik daripada laporan mStar, pihak produksi tersebut turut meletakkan bayaran yang tinggi kepadanya untuk mendapatkan khidmatnya bagi melakonkan babak sedemikian.

“Mungkin mereka sanggup meletakkan bayaran tinggi, tetapi saya tidak segila itu untuk menerimanya. Babak bercium? Saya masih lagi waras ya!” katanya.

Tegas Syaffiq atau nama sebenarnya Mohd Syaffiq Sahli, 36, dia tidak akan menerima tawaran seperti itu sepanjang kariernya sebagai pelakon dan masih menjaga batas malah memegang prinsip itu sampai bila-bila.

“Babak yang ditawarkan itu, memang bercium betul-betul. Bukan setakat pegang tangan saja. Adegan peluk pun saya tak buat, apatah lagi kalau nak buat adegan bercium.

“Kita ni Melayu, Islam pula itu. Walaupun memang kerja berlakon, tapi ada batasnya. Itu prinsip saya pegang selama ini. Bagi saya, melampau sangatlah kalau tergamak nak buat babak bercium itu.

“Ibu, bapa dan isteri mestilah tak suka. Tak payah minta keizinan mereka pun, kita sendiri sebagai orang dewasa boleh fikir mana baik dan buruk,” tegasnya lagi.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata dia mungkin terlepas peluang untuk mencipta nama di luar negara menerusi filem tersebut tetapi dia lebih risau melanggar hukum syarak.

“Memang saya akui, mungkin terlepas untuk mara ke peringkat antarabangsa, tetapi tak apalah, tak mungkinlah saya sanggup nak langar hukum syarak.

“Saya dah bincang dan terangkan pada pihak produksi, terpaksa menolaknya dengan cara baik. Pengarah dan produksi secara amnya bukan orang Melayu, jadi mungkin mereka pun tak begitu faham dengan kepercayaan dan pegangan kita,” jelasnya.

Lantaran itu, Syaffiq turut memaklumkan bahawa kini dia sedang menjalani penggambaran filem genre seram berjudul Bangkitkan Aku Kembali yang diadaptasi daripada karya novelis Sophilea.

Menerusi filem tersebut, dia memegang watak Zakuan yang merupakan watak utama dan digandingkan dengan pelakon lain seperti Mustaqim Bahadon, Amy Nur Tinie, Aishah Azman dan ramai lagi.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Kenapa Nak Sorok?” – Tunggu Waktu Sesuai, Mira Filzah Tiada Masalah Kongsi Wajah Anak

Wah, tak lama lagi dapat lah tengok muka baby boy Mira Filzah.

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Pihak berkuasa masih menunggu arahan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?

Seorang penyanyi wanita popular Kelantan merupakan antara enam individu ditahan polis Thailand bersama ribuan pil kuda.

Hiburan Tue, 24 Aug 2021

Kumpul Dana Untuk Frontliner, 43 Artis Meriahkan Program Amal COVAiD #BaikSemula

Platform radio Media Prima Audio (MPA) yang baru sahaja membuat penjenamaan semula baru-baru ini akan melancarkan inisiatif bersama platform kumpulan Media Prima untuk mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dengan menganjurkan Program Amal COVAiD […]

error: Content is protected !!