Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 27, 2023 @ 4:49pm

Lebih Empat Bulan Nikah, Adam Lee & Sweet Qismina Terbuka Jika Timang Bayi Tahun Ini – “Tak Sabar Nak Panggil Mommy & Daddy”

Pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina tidak menolak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata pada tahun ini setelah lebih empat bulan mendirikan rumah tangga.

Memetik temu bual bersama majalah MBUZZ, Adam dan Sweet berkata mereka tidak sabar untuk bergelar ibu dan bapa sekiranya dikurniakan zuriat kelak.

“Kami terbuka untuk menimang cahaya mata. Jika Allah bagi sekitar tahun ini, Alhamdulillah.

“Jika lambat pun Alhamdulillah. Kami percaya semua yang diatur dari Ilahi itulah yang terbaik buat kami. Jadi buat masa ini kami teruskan belajar dan menikmati alam rumah tangga berdua sehingga ada rezeki punya anak sendiri.

“Tapi sebenarnya dia paling tak sabar nak panggil saya Mommy dan saya panggil dia Daddy. Panggilan ini sudah lama dia cakap, sejak kami bercinta lagi,” jelas pasangan romantis ini.

Biarpun baru sahaja melayari bahtera rumah tangga sebagai seorang suami, Adam mengakui dirinya masih banyak belajar dan menyesuaikan diri di alam rumah tangga.

“Hidup berumah tangga ini sudah berbeza sewaktu bujang dulu. Saya perlu belajar menurunkan ego dan banyak bersabar. Bukan kata sikap isteri saya teruk, tetapi jika dua manusia tidak bijak mengendali situasi untuk hidup bersama, pasti sukar.

“Walaupun saya bergelar suami, saya tidak boleh ‘menekan’ Sweet dengan aturan ‘aku ketua’, saya perlu menghormati dan mendengarkan isteri saya juga. Dan begitulah sebaliknya.

“Kami berdua ibarat Ying dengan Yang. Kekurangan Sweet atau kelebihan saya menjadikan penyatuan kami sempurna,” katanya.

Terdahulu, Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Sumber: MBUZZ

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Tak Puas Hati Dengan Neelofa?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi anugerah tersebut? Atau dia memang berniat untuk bergurau?

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

“Cinta Kami Masih Utuh!” – Azri Iskandar, Azra Diera Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun

Siapa yang kata hubungan mereka goyah ni? Semoga dipermudahkan urusan berkahwin nanti..

Featured Tue, 27 Aug 2024

Nafi Diri Baik, Uqasha Senrose Anggap Tuduhan Tumbuk Pembantu Peribadi Sangat Keterlaluan

What you give you get back lah kan… Dah kalau melampau sangat takkan nak berdiam diri!

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Maafkan Dia, Semua Orang Pasti Buat Silap – DSV

Buang yang keruh, ambil yang jernih ok?

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Nak Tengok Payudara Fatin Afeefa, Lelaki Pervert Siap Bagi Salam

Makin teruk manusia sekarang kan? Namun netizen menyifatkan individu yang menghantar mesej terbabit adalah seorang yang pervert!

Trending Fri, 9 Feb 2018

10张错觉照片挑战你的视觉神经

「视觉错觉」是指视觉欺骗我们的大脑,感知到的物体的尺寸和颜色不同于真实的物体的情况。在网路中,有许许多多这样的例子,现在我们列出一些图片,你会看到不同的东西,一起来挑战你的大脑,去发现被欺骗的那些现象吧!

Trending Thu, 30 Jul 2020

Murid Sekolah Rendah Dikenalpasti Positif Covid-19

Sila pantau kesihatan anak-anak anda! #KitaJagaKita

Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Mon, 4 May 2026

Isu Gadis Ditik*m 61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis baru-baru ini.

error: Content is protected !!