Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 27, 2024 @ 12:18pm

Nafi Diri Baik, Uqasha Senrose Anggap Tuduhan Tumbuk Pembantu Peribadi Sangat Keterlaluan

Selepas mendedahkan perilaku pembantu peribadinya, pelakon Uqasha Senrose dilihat memuat naik hantaran di Instagram miliknya.

Kata Uqasha, dia tidak pernah menganggap dirinya baik ataupun lembut sebaliknya akan melayan individu itu sesuai dengan tindakannya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Rentap Tudung, Meludah” – Laporan Polis Tular, Uqasha Senrose & Aprena Manrose Didakwa Pukul Pembantu Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Nafi Jadi Artis Wanita Popular Pukul Pembantu Peribadi – “Kalau Betul Saya Dah Dekat Dalam”

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu Peribadi Artis Wanita Popular Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Konflik Perkahwinan Didedahkan Kepada Ibu… Aktres Popular Didakwa Pukul Pembantu Peribadi, Kena Acu Senjata Tajam?

Malah, isteri kepada pelakon popular, Kamal Adli itu juga berkata, tuduhan kaki pukul dan menumbuk adalah sangat keterlaluan.

“Aku tak pernah claim diri aku baik, lembut, pijak semut pun tak mati ke apa… itu pandangan korang dekat aku.

“Aku baik dengan orang yang baik dengan aku. Orang buat jahat dengan aku, pun aku boleh diam lagi tapi sampai fitnah aku kaki pukul, penumbuk semua tu, i think that’s too much. Like i said, talk is cheap,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, seakan memberikan komen sarkastik terhadap kenyataan yang diberikan pembantu peribadinya sebelum ini apabila mengatakan dia juga mampu untuk mereka cerita dan mendedahkan laporan polis yang dibuat selepas tujuh hari kejadian.

“Saya juga boleh mereka apa-apa cerita sekarang ini kalau saya nak. Tapi, tolong sertakan bukti mungkin gambar atau pergi terus baut report polis tapi bukannya selepas tujuh hari baru nak pergi buat report,” kongsinya.

Terdahulu, nama Uqasha menjadi bahan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas dia didakwa bertindak kasar terhadap pembantu peribadinya termasuklah mengacukan senjata tajam.

Malah, laporan tersebut seakan dikuatkan lagi apabila dia turut berkongsi foto sedang berada di balai polis pada jam dua pagi.

Bagaimanapun, Uqasha menafikan dakwaan tersebut menerusi sesi live di TikTok miliknya baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Hafreez Adam Dah Jumpa Keluarga Zara Zya

Dia nak terus bernikah. Saya belum terfikir ke arah itu tetapi saya pinta semua doakan agar hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Selepas Aksi Cium, Fatin Afeefa Buat Hal Lagi!

Nampaknya, kontroversi ni semakin hangat ye!

Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Nikmati Hidangan Lazat Dalam Suasana Berkonsepkan Bar Yang Dijamin 100% Halal

Jibril mengetengahkan konsep speakeasy (hidden bar) dan hidangan Barat yang lazat!

Events Tue, 18 Sep 2018
Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Mon, 22 Jan 2018

收到新人宝可梦RPG喜帖 好友「我接受你们的挑战!」

曾经红极一时,大街小巷人人都在抓宝的《精灵宝可梦》,现在……还是很红啦!网络流传着日本一对死忠的宝可梦玩家准备要结婚了,于是他们的喜帖特别精心设计,当然也跟宝可梦脱离不了关系。

Hiburan Thu, 3 May 2018

Siapa Pemuzik Popular Hamilkan Wanita Anak Luar Nikah?

Dan, kemunculannya adalah semata-mata untuk menuntut janji pemuzik tersebut terhadap bayi yang bakal dilahirkannya itu. Menurut Sofia, pemuzik itu juga telah memutuskan hubungan dengannya sejak 18 April lalu

error: Content is protected !!