Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2024 @ 2:46pm

“Rentap Tudung, Meludah” – Laporan Polis Tular, Uqasha Senrose & Aprena Manrose Didakwa Pukul Pembantu Peribadi

Baru-baru ini tular sebuah laporan polis pada 14 Ogos lalu memaparkan nama pelakon wanita, Uqasha Senrose yang didakwa telah memukul pembantu peribadinya.

Menerusi laporan itu, sepupunya, aktres Aprena Manrose dipercayai turut terbabit memukul individu berkenaan.

Laporan tersebut menyatakan kejadian antara selebriti dan pembantu peribadi berusia 29 tahun itu berlaku pada 6 Ogos lalu di pejabat Senrose Cosmetic.

Wanita tersebut mendakwa Uqasha telah membaling kotak, merentap tudung, serta meludah kepadanya.

Perbincangan antara mereka menjadi lebih agresif apabila isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu didakwa telah mengugutnya sambil mengacu gunting.

Uqasha Senrose

Bukan itu sahaja, Aprena didakwa telah menepuk mulut pembantu peribadi itu berkali-kali dan memukul bahagian lengan menggunakan penyakut baju.

Sebelum ini, Uqasha dalam sebuah siaran langsung di TikTok menafikan dakwaan dia adalah artis wanita yang dimaksudkan itu.

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nafi Jadi Artis Wanita Popular Pukul Pembantu Peribadi – “Kalau Betul Saya Dah Dekat Dalam”

Artikel Berkaitan: Pembantu Peribadi Artis Wanita Popular Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Artikel Berkaitan: Berang Konflik Perkahwinan Didedahkan Kepada Ibu… Aktres Popular Didakwa Pukul Pembantu Peribadi, Kena Acu Senjata Tajam?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Tidak Terikut Gaya Penyanyi Asal, De Fam Tampil Gaya Tersendiri

Persembahan De Fam menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga wajar dipuji. Tidak nampak langsung cuba meniru gaya penyanyi asal, Altimet. Lebih-lebih lagi part tarian Azira, Cik Manggis dan Sophea yang berjaya membuatkan Bunga lebih ‘berwarna’. Penggunaan […]

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kantoi! Universiti Malaya Nafi Boy Iman Calon PHD

Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami!

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Tue, 5 Mar 2024
Kes Mahkamah Wed, 23 Apr 2025

DNA Sahkan Kesan Darah Di Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi Pendakwaan

Saksi pendakwaan sahkan darah dalam bilik milik Zayn Rayyan

Trending Thu, 19 Nov 2020
Hiburan Wed, 19 Mar 2025

[VIDEO] Netizen Teruja Ibu Fattah Amin Perkenalkan Amira Othman Kepada Saudara-Mara – “Ini Dah Sah La”

Ibu Fattah Amin perkenalkan Amira Othman kepada sanak saudara curi tumpuan

error: Content is protected !!