Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 15, 2024 @ 7:09pm

Berang Konflik Perkahwinan Didedahkan Kepada Ibu… Aktres Popular Didakwa Pukul Pembantu Peribadi, Kena Acu Senjata Tajam?

Berang masalah rumah tangga didedahkan kepada ibu, aktres wanita didakwa bertindak memukul pembantu peribadinya sehingga cedera.

Memetik laporan mStar, pelakon wanita berkenaan didakwa cuba untuk menyembunyikan konflik perkahwinan bersama suaminya yang juga seorang artis popular daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga.

Susulan itu, kakak kepada pembantu peribadi wanita tersebut mendakwa adiknya dipukul sebanyak dua kali di hadapan ibu aktres tersebut di bahagian dahi.

Lebih parah, aktres berkenaan didakwa turut mengacukan objek tajam ke arah pembantu peribadinya itu sehingga cedera.

“Pelakon tersebut dan sepupunya menarik adik saya naik ke pejabat mereka, katanya untuk berbincang secara baik.

“Namun tiada perbincangan berlaku sebaliknya pelakon itu terus menumbuk bahagian dahi adik saya. Dia acukan gunting ke arahnya. Tudung adik saya pun direntap.

“Ingatkan dekat situ saja dah selesai tetapi rupanya bila turun ke bawah kedai, adik saya sekali lagi dipukul dan ia berlaku di depan ibu artis itu,” dakwanya.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa aktres wanita tersebut memaksa pembantu peribadinya untuk mengaku telah mendedahkan masalah rumah tangga kepada ibunya.

“Telefon bimbit adik saya dihempas beberapa kali sebagai hukuman agar dia mengaku menjadi individu yang bertanggungjawab membuka aib rumah tangga kepada ibunya.

“Pelakon itu dan suaminya mempunyai masalah rumah tangga, yang tahu hanya adik saya,” dakwanya.

Trauma dan terkesan dipukul, pembantu peribadi aktres wanita itu didakwa mengalami trama teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 13 Jul 2019

Langkau Sempadan, ABPBH 32 Masuk Dua Kategori Baharu!

Siapa agaknya yang bakal memegang gelaran Bintang Paling Popular tahun ini? Tazabar!

Featured Mon, 8 May 2023

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Alahai! manis betul pasangan sama cantik, sama padan ni kan? Paling cute terselit si kecik tu🥰

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

‘Mula-Mula Takut…’- Jaja Iliyes Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Micheal Ang

Bintang semakin menyinar ini katanya teringin bawa watak perempuan psiko.

Trending Tue, 7 Jan 2020
Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Hiburan Mon, 4 May 2026

Jalil Hamid Meninggal Dunia

Jalil Hamid meninggal dunia.

error: Content is protected !!