Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 2, 2025 @ 2:02pm

“Saya Tidak Dibenarkan Jumpa Maryam Pada Waktu Lain” – Sudah 8 Tahun, Fizo Omar Dedah Jumpa Anak 4 Kali Sebulan

Tuduhan mengabaikan anak pertamanya, Wan Maryam seperti yang tular baru-baru ini adalah tidak tepat sama sekali.

Kata pelakon dan pengacara, Fizo Omar, masa untuk dia berjumpa Maryam agak terhad memandangkan anaknya itu duduk bersama ibunya.

Malah, dia hanya dapat bertemu anaknya itu empat kali sebulan sahaja.

“Bezanya Maryam tinggal bersama ibunya. Saya luangkan waktu dengannya agak terhad.

“Dan dapat bertemunya hanya empat kali sebulan,” katanya.

Tidak dibenarkan berjumpa anaknya

Tambahnya lagi, perkara ini sudah berlaku dalam tempoh lapan tahun.

Dan, dia tidak dibenarkan berjumpa anaknya itu pada hari lain selain waktu yang telah ditetapkan.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa anak pada waktu lain melainkan perlu mengikut tempoh yang sudah ditetapkan.

“Lagipun sudah lapan tahun  seperti ini,” jelasnya.

Menolak dakwaan kononnya layanan yang diberikan kepada anaknya itu tidak adil sehingga Maryam berasa dipinggirkan, pengacara Nasi Lemak Kopi O ini berkata, hubungannya bersama anak sulungnya itu tidak ada masalah.

Bahkan, anak-anaknya yang lain juga akan berasa perkara sama jika dia memeluk anak yang lain.

“Mengenai isu dipinggirkan atau tersisih, bukan sahaja Maryam yang akan berasa begitu tetapi anak-anak lain juga terutama jika saya memeluk adik mereka,” tambahnya.

Dalam pada itu, sebagai seorang bapa sudah pasti dia akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekaligus mengaku kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya adalah sama rata.

“Kami sekeluarga baik-baik sahaja. Hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang, alhamdulillah.

“Mungkin yang komen itu kurangkasih sayang.

“Asalkan kita tahu menjalankan tanggungjawab dengan baik itu sudah mencukupi.

“Apa yangs aya buat adalah untuk kebahagiaan keluarga.

“Lagipun kasih sayang antara anak-anak saya semua sama rata,”ujarnya.

Terdahulu, Maryam bertindak menyuarakan rasa kecewa terhadap layanan bapanya yang kini mempunyai lebih ramai anak menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Tindakan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang merasa sebak mendengar kenyataan Maryam.

Namun, Fizo menerusi kenyataan kepada media sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut memandangkan tidak mahu perkara itu berlarutan.

Untuk rekod, Maryam merupakan anak hasil perkahwinan Fizo bersama usahawan Mawar Karim pada 2013.

Pasangan itu bagimanapun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2019.

Namun, Fizo kemudiannya berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, Wan Umaira, 2 dan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 18 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Fizo Omar Enggan Ulas Dakwaan Anak Sulung Rasa Dipinggirkan – “Saya Minta Maaf”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Daddy Dah Tak Suka Saya…” – Luahan Maryam Anak Fizo Omar Cetus Perbincangan Warganet

 

Sumber:mStar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Fri, 25 Dec 2020
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Solekan Angelina Jolie Dalam Maleficent: Mistress of Evil Memang Jahat!

Jom Countdown sama-sama untuk tengok cerita ni!

Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Kalau Nak Curang Tak Perlu Tunggu Duduk Jauh’- Dayah Bakar Kongsi Tips Rumah Tangga!

Hampir setahun bergelar isteri, Dayah Bakar sedia berkongsi tips!

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
error: Content is protected !!