Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 13, 2023 @ 2:38pm

“He’s Strong Guy! Apa Yang Saya Tengok, Dia Okey” – Zul Ariffin Nafi Dakwaan Aaron Aziz Lemah Berlakon Babak Aksi

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu dakwaan aktor, Datuk Aaron Aziz tidak lagi fit seperti dahulu dalam melakonkan babak-babak aksi sehingga namanya digugurkan dalam filem The Original Gangster.

Isu tersebut semakin panas apabila pihak-pihak berkaitan menjelaskan bahawa mereka tidak yakin dengan kondisi kesihatan Aaron.

Terbaharu, aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin tampil memberi respons kepada isu tersebut dengan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aaron kini tidak fit.

“Saya baru sahaja habis 4 ke 5 hari di set penggambaran buat babak aksi dengan dia (Aaron), so okey saja.

“He’s strong guy! Dia berumur 47 tahun, saya pula 37. Jadi saya dengan dia cuma 10 tahun beza, saya rasa dia kuat dan saiz pun lebih kurang.

“Saya 100kilogram (kg), dia pula mungkin 90kg. Pergerakan dia pun not bad, semuanya lebih kurang. Saya juga ada perlahan sedikit tapi dia buat yang terbaik,” ujar Zul.

Pelakon drama Rindu Awak 200% itu turut menegaskan bahawa Aaron adalah seorang yang kuat. Malah, Zul berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya tak tahu isu-isu sebelum itu. Tapi bagi saya, apa yang saya tengok depan mata saya, okey, Alhamdulillah.

“Saya berharap, kalau ada selisih faham harap mereka cari jalan penyelesaian, Insya-Allah. Tapi pengalaman saya dengan dia okey. Dia seorang yang kuat,” tegas Zul lagi.

Mac lalu, hangat isu antara Syamsul Yusof dan hero filem itu mengenai pengguguran Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster.

Lebih panas, Syamsul turut mendedahkan punca sebenar nama Aaron digugurkan seperti pihak produksi tidak yakin dengan kondisi kesihatan Aaron.

Filem The Original Gangster diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pihak Yang Tak Terbabit, Jangan Masuk Campur!” – Aaron Aziz

Sumber: Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Dec 2024

Diarrhea 5 Hari & Terkena Jangkitan E.Coli Jadi Punca Khairul Aming Dikejarkan Ke Hospital

Khairul Aming akhirnya mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya.

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

Erra Fazira terbuka kongsi keakraban dengan Mr. E

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Diana Danielle Ajar Anak-Anak ‘Hormat’ Alam

Sebuah contoh yang wajar diikuti, jangan buang sampah merata-rata okay!

Trending Sat, 17 Nov 2018

Beli Beg Mewah Hampir 5 Ribu Dalam Talian, Terkejut Bila Barang Sampai

seorang wanita  yang terkejut apabila menerima bungkusan beg mewah dalam talian yang dibelinya

Selebriti Sat, 1 Feb 2020

Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam dan anak-anak meraung hiba di lapangan terbang. Kenapa ya?

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Thu, 15 Nov 2018
error: Content is protected !!