Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2024 @ 1:45pm

Diarrhea 5 Hari & Terkena Jangkitan E.Coli Jadi Punca Khairul Aming Dikejarkan Ke Hospital

Personaliti media sosial, Khairul Aming akhirnya mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya selepas laporan berita dia dikejarkan ke hosiptal tular.

Kata Aming, selepas beberapa hari ditahan di hospital akibat mengalami diarrhea selama lima hari tanpa henti, punca sebenar dia mengalami masalah itu adalah disebabkan terkena jangkitan E.Coli.

“Baru lepas discharge dari hospital. Rupanya tekena jangkitan E.Coli masa buat bantuan banjir minggu lepas.

“Teruk juga terkena diarrhea lima hari tak berhenti sampai lesu badan dihidrated.

“Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Aming menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, Khairul atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, 32, sebelum ini telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Namun, keadaannya memerlukan rawatan lanjut di hospital selepas simptom yang dialaminya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Wed, 23 Oct 2024

Selepas Lebih Dua Dekad Tak Muncul Dengan Lagu Solo, Hazrul Nizam Tampil Dengan Rawan

21 tahun tak ada lagu solo, Hazrul Nizam muncul dengan Rawan!

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Pempengaruh Islamik Sedih Terpaksa Jual Barangan Mewah?

“Itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang” – Pempengaruh Islamik

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Faye Kusairi Mahu Berjumpa Elly Mazlein?

Faye Kusairi yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Azmi Hatta turut meluahkan rasa syukur kerana kemelut antara suaminya dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein akhirnya berakhir

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

Kristal Rehatkan Lan Dan Kini Sedang Mencari Vokalis Baru

Lan Kristal di rehatkan oleh kumpulannya sendiri dan mereka sedang mencari vokalis baru untuk di ganti

Featured Sun, 26 May 2024

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Sabarlah Kak Engku, kalau dah nama jodoh pasti bertemu jua nanti🥰🥰🥰

Hiburan Thu, 12 Sep 2019
error: Content is protected !!