Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 30, 2023 @ 5:35pm

“Aku Yang Buang Kau Jauh-Jauh Lepas Kau Pukul Aku Dengan Teruk!” – Mengaku Bodoh, Isteri Menyesal Kahwin Dengan Afiq Muiz

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin tampil mendedahkan perkara yang berlaku kepada rumah tangga mereka.

Menerusi hantaran di Insta Story Instagram, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, mendakwa suaminya menunjukkan perangai sebenar selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Digantung Tak Bertali, Isteri Maklum Afiq Muiz Tak Beri Nafkah Sejak 2021

Menurut Pachara, dia mendakwa Afiq memukulnya ketika berada di rumah dan menyifatkan Afiq seorang yang tidak mengenang budi selepas dia menarik balik laporan polis insiden Afiq memukulnya pada tahun lalu.

“Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau buat sekarang ini? Kenapa tak bagi kerjasama lepaskan saya?

“Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas tu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat dan Sabtu.

“Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi?

“Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk tu supaya kau boleh berubah. Saya ni pun bodoh boleh terfikir kau akan berubah,” dakwanya.

Tambah Pachara lagi dia memberitahu tidak semua pihak faham dengan fizikal dan mentalnya ketika berdepan kemelut rumah tangganya. Malah menggelarkan Afiq sebagai iblis.

“Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat.

“Netizen yang belum pernah mengalami tidak faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi tapi sengaja lagi gantung tali mungkin akan faham keadaan fizikal saya.

“Kau ni bukan manusia lagi. Sudah iblis. Berlakon lagi mengalahkan iblis,” dakwa Pachara.

Pachara juga mendakwa Afiq seorang yang dayus dan penakut gara-gara gagal muncul di mahkamah sebanyak enam kali dan bersikap kurang ajar kepada peguam.

“Kalau aku bukan siapa-siapa. Yang kau takut nak ke mahkamah kenapa? Ini kali ke-6 kau tak hadir. Kurang ajar lagi dengan peguam saya yang elok-elok bertanya alamat nak hantar surat.

“Dengan lelaki tidak pula kau berani mau hadap! Penakut.

“Kaulah lelaki paling dayus sekarang. ‘Number one dayus winner goes to you, and we all are well understood that you are proud of it’,” dakwanya tegas.

Pachara turut mendakwa Afiq memukulnya selepas mendapat tahu isterinya itu mengetahui dia berlaku curang.

“Kau bukan main sedap cakap aku curang sedangkan kau pukul aku pada 14 Mei 2021 sebab aku dapat tahu kau curang.

“Saya tidak akan salahkan sebelah tangan. Mungkin dia tertipu macam mana saya tertipu dengan lakonan baik kau.

“Kau lupa kau cakap dengan saya ‘Kau ingat kau boleh jaga aku ke dengan gaji kau RM2800 tu?’..lepas tu kau pukul saya ikut hati buas kau,” dakwanya.

Sejak berdepan dengan kemelut rumah tangga itu, Pachara mengakui dia berasa menyesal mendirikan rumah tangga bersama Afiq.

“Sakit fizikal dan cacat kekal saya, saya yang bayar. Surgeri saya semua patah jari saya bayar. Kaki saya patah dan terpaksa simen 4 bulan mummy saya yang jaga.

“Trauma saya siapa yang tanggung? Sakit dan malu saya kau tanggungkah?

“Saya malu dan sakit pernah kahwin dengan kau Afiq. Betul-betul sakit. Dan betul-betul malu pernah jadi bodoh percaya kau dan kahwin kau.

“Sekarang betul-betul malu bila nampak perangai iblis kau. Saya rasa iblis pun mungkin tidak dayus macam kau,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Gara-Gara Lama Sangat PdPR… Gelagat Tegas Tapi Comel Cikgu Potong Rambut Panjang Warna Merah Murid Raih 3.2 Juta Tontonan

Pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh lama memberi kesan terhadap prestasi pelajar. Malah, apabila pelajar sudah terbiasa dengan keadaan belajar dari rumah, meraka akan mula tidak mematuhi peraturan sekolah. @lockymy apa pendapat anda:) #fyp #fypシ […]

Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Trending Thu, 30 Jul 2020

Degil ! Lagi 12 Individu Didenda RM1,000 Langgar SOP

Jadi jangan degil dan malas patuh SOP!

Featured Wed, 16 Jul 2025
Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Featured Fri, 11 Apr 2025

Beraya Di Johor, Irfan Haris Bongkar Kisah Disebalik ‘Velocity Cinta’ Fattah Amin & Amira Othman – “Tak Sangka Abang Long Bagi Mini Love”

Pada mulanya Irfan terkejut apabila ibunya memasak hidangan sambal udang dalam kuantiti yang banyak

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Fasha Akhirnya Bagi ‘Hint’ Jawab Teka Teki…

Wahhh…jika betul, tahniah kami ucapkan!

Featured Sat, 14 Jul 2018
error: Content is protected !!